islamic gadget

Thursday, December 30, 2010

Cuti janganlah habis!


Assalamualaikum.

Hey, Mr bloggie, aku suka betul ngan tajuk tu. Cuti janganlah habis. Huhu. Betol. Aku sangat mengharap. Kata Syazwan Sanosi, “suh muhyidin tambah cuti ! haha.” Kalau la boleh.. aku tak bersedia lagi nak balik kampus. Berhadapan dengan result yang tak pasti ok ke tak ok. Kuliah yang padat. Assignment bagai. Aish. Budak, itu biasa la bagi student kan. Oke. Count down. Lagi dua hari yang tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah. Apa nak buat. Apa nak buat.

Ahad ni aku da balik hostel. Malasnya. Barang-barang aku tak packing lagi. Malas. Pemalas betol. Mesti korang pikir camtu. Sampai hati kan. Oke. Memandangkan hari ini aku akan balik ke rumah selepas dua minggu berada di Penang (menemani ayahanda outstation), jadi tinggal esok sahaja untuk enjoy. Ceh. Macam esok je tinggal hari last dok kat muka bumi ni. Nauzubillah. Hee.

Kenapa aku mengharapkan cuti janganlah habis? Sebab, aku sedar umo aku makin meningkat. OMG! Biar la hari-hari pon 31 December. Hahaha. Merepek je ko ni. Oke. Bila umo makin meningkat, makin banyak la dugaan && cabaran && masalah && apa-apa je la.

Oke. Aku tak tahu whats the point aku cite ni. Disebabkan aku tengah rush, tak sabar nak balik ni, benti kat sini je. Pokoknye, Cuti, janganlah habis!!!

*sekadar menconteng apa yang dirasa.

Sunday, December 26, 2010

kekasut!


Currently, aku kat penang. Teman ayah aku outstation && jalan-jalan. Alang-alang dah menyelam, minum la air sekali kan. Oke. Semalam aku maen tenis. Saje nak story kan. Nak gitau yang aku sangat terer maen tenis. Haha. Benar. Oke! Itu tipu. Itu first time aku pegang raket tenis. Oke. Tipu lagi. Dulu mase aku kat teknik, aku da pernah pegang, belek-belek, berangan smash guna raket membe tuh. So, bukan first time la kan pegang raket tenis tu. Heh. Oke. Ini serious. Itu first time aku maen tenis. Indeed. && I thought maen tenis macam maen badminton. Bukan. Naïf nye la kan. Maen tenis macam maen pingpong la. Percaya? Jangan percaya.

Petang semalam, afif, adik bongsu aku mengamuk nak maen tenis. Cis. Macam la pandai kan. Umo baru 9 tahun. Budak hingusan lagi. Ada hati nak maen tenis. Aku pon tak reti nak maen. Aku tengok raket tu pon lagi besar dari dia. Hahaha. Disebabkan kesungguhan afif nak maen tenis, kami satu keluarga terpaksa turun padang. Hajat Mira nak swimming pon terbantut. Actually, bagus jugak kan. Dapat pengalaman. Dapat exercise. Kami memang suka exercise. Credit untuk afif. Heh.

Bila aku tengok afif maen, agak kelakar. Rugi tak snap gambar. Berpusing 360 masa nak sambut bola dari ayah. Tengok afif pon nampak comel. (masa tu je la). Dah la kecik. Lari bawak raket tenis sambil kejar bola. Boleh bayang? Hehe.

Tu dia afif.

The moral of the story is, kami satu keluarga turun padang. && even kami tak reti maen tenis, tapi kami enjoy. Cuma berebutkan raket tenis yang cuma ada dua tu yang kurang seronok. Tapi afif sangat puas hati la. (sebab dia fikir dia terer maen la kunun). All the time, dia yang banyak pegang raket tenis. Ha. Cite hawt. Semata-mata nak maen tenis, kami pergi shopping nak cari kasut sukan untuk afif. Semangat. Mula-mula pergi tengok kasut kat kedai al-ikhsan. Tau-tau je la rege && brand mereka macam mana kan. Aku ni da la buta kasut. Lain sukan, lain kasut nya. Tak tau nak pilih yang macam mana yang suitable for Afif. Kalau untuk ahli sukan boleh la nak beli kat situ kan. Ni setakat adik aku yang baru nak jinak-jinak dengan sukan ni, baek beli kat downtown je. Dua singgit.

Oke, sekarang aku tak tahu apa motif aku dok bercerita nih. But I’ve got some info about how to choose sport shoes. Dulu lecturer aku penah gitau kalau nak beli kasut, beli waktu petang. Masa tu kaki kita akan mengembang. So, aku ada search kat pakcik google. So, this is his answer.

INFO

Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.

-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.


-Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga


-Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.

Tu je la info nye. Tapi berguna kan. But still, aku tak tahu jenis-jenis kasut yang de. Aku nak juga tahu kasut untuk tenis, pingpong, futsal && segala bagai sukan macam mana kan. Yang aku tahu untuk running je. Heh.

p/s: Adidas, Nike, Lotto, Reebok, Bata, Vincci, Guess, Cap Ayam, Cap Buaya, yang mana pilihan hati??

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.

Thursday, December 23, 2010

Assalamualaikum! ;)


Cuti sekolah means aku pon cuti dari mengupdate blog. Aish! Terok sungguh. Haha. (gelak akan kemalasan diri sendiri dari mengupdate blog). Okey. Here the story. Bila aku ada idea nak menulis, aku akan tulis. && bila idea aku tengah mencurah-curah keluar dari kepala, laju je tangan aku akan menaip. Akan tetapi, ha ni la nak cerita. ce cite, ce cite (kalau korang tengok hantu kak limah balik rumah, awie && the gang suka cakap macam tu, ‘ce cite, ce cite’.. sengal! Gelak tak ingat dunia aku. Hahahahhaha.) oke. Balik ke cerita asal. Akan tetapi, bila aku dok syok menaip, tetiba ketandusan idea beb. Ha. Mane tak terbengkalai story aku. Tu yang tak syiok. Hilang mood nak menaip. Heh ^,^ Kunun nak sambung nanti. Aku kan rajin. Tapi idea masih juga tak kunjung tiba. Hehehe. Alasan tuh!

Oke! Ketandusan idea lagi. Heh. :D (banyak tu je aku mampu tulis?)

*Sekadar menconteng aku pon tak tahu apa.

Thursday, November 18, 2010

KETIKA MASJID DAN RUMAH PELACURAN ROBOH

Aku jumpa kisah ni pon dalam fesbuk seorang sahabat.

***********

ADA DUA LELAKI. Keduanya adalah saudara kandung. Lahir di dalam keluarga yang taat beragama. Namun perilaku dua orang itu berbeza.

Yang tua, sejak kecil dikenal baik, alim dan ahli ibadah. Ia tidak suka menyakiti orang lain. Tidak suka huru-hara. Tak pernah menyentuh gelas minuman keras (arak) apalagi meminumnya. Waktu mudanya banyak dihabiskan di masjid. Ia juga tidak suka bergaul dengan wanita yng bukan mahramnya. Pernah ia dirayu seorang gadis cantik yang masih sepupunya, namun dia teguh dalam keimanannya. Kerana amal perbuatannya yang baik dan akhlaknya yang mulia, dia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.

Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil dikenal nakal. Sejak remaja sudah biasa masuk ke tempat maksiat. Rumah pelacuran adalah tempat biasa ia melepak. Hampir setiap hari dia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacuran miliknya itu. Kadang-kadang dia juga ikut sekumpulan perompak, untuk merampas harta orang lain. Ketika merompak ia bahkan terkadang juga melakukan pemerkosaan . Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijikkan telah ia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Suatu ketika, sang abang yang alim dan ahli ibadat merenung sendirian. Tiba-tiba nafsunya berkata padanya:

"Sejak kecil selalu berbuat kebaikan dan beribadat. Kau telah mendapat tempat di hati masyarakat dan dikenali sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sekali engkau datang ke tempat pelacuran iaitu tempat adikmu. Sesekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh beristighfar beribu kali dalam solat tahajjud. Bukankah Allah SWT Maha Pengampun?"

Pujukan hawa nafsu ternyata masuk dalam fikirannya. Ia berkata pada dirinya:

"Benar juga, Kenapa aku tidak pernah menghibur diri? Hidup cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di tempat pelacuran adikku. Setelah itu, aku pulang dan bersujud kepada Allah SWT. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sementara itu, di rumah pelacuran adiknya merenung:

"Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan dosa. macam-macam maksiat telah aku lakukan. Keluarga dan masyarakat telah membenciku. Kenapalah aku tidak berbuat baik seperti abangku? Bagaimana jika esok aku mati? Bagaimana aku harus bertaubat atas dosa-dosa ku? Malam ini selepas maghrib, aku ingin ke Masjid tempat abangku beribadat. Aku mahu bertaubat. Semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosaku."

Maka, setelah malam menjelma, mereka pun melaksanakan niat masing-masing. Sang abang menuju ke rumah pelacuran setelah solat maghrib manakala sang adik menuju ke masjid dan meninggalkan rumah pelacuran itu.Mereka menggunakan jalan yang berlainan sehinggakan mereka tidak bertemu di perjalanan.

Sampai di tempat pelacuran, Si abang mencari adiknya. namun tidak dijumpainya. Si abang tetap melaksanakan niatnya walaupun adiknya tiada. Dia menuruti segala keinginan nafsunya bersama penari-penari di rumah pelacuran itu.

Di tempat yang lain, si adik pun sampai ke masjid. Dia mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya tetapi tiada di situ. Dia meneruskan niatnya meskipun abangnya tiada. Ia melakukan solat dan beristighfar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.

Tiba-tiba bumi bergoncang dengan kuat.

"Awas, ada gempa! ada gempa!" teriak orang di jalan. Semua orang panik. tetapi si adik yang sedang khusyuk beribadat tidak berganjak dari tempatnya. Demikian juga si abang yang sedang terlena di rumah pelacuran.Dia sama sekali tidak merasakan gempa tersebut. Gempa bumi tersebut menyebabkan banyak bangunan roboh termasuklah masjid dan rumah pelacuran.

Keesokan harinya, si abang di temui mati di bawah runtuhan rumah pelacuran disamping wanita-wanita penari dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan si adik ditemui mati di bawah runtuhan masjid dengan mashaf Al-Quran di dalam dakapannya.

Masyarakat yang tahu ehwal kedua adik-beradiknya itu menitiskan air mata. Mereka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali ahli ibadat kenapa boleh mati dengan cara yang demikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah. Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga.

Bahawa kematian boleh datang bila bila saja. Hanya ALLAH yang tahu.Maka jangan sekali kali menurut hawa nafsu,siapa tahu saat menurut hawa nafsu itulah saat itulah maut menjemput. Na'udzubillahi hi min dza lik. Bahawa niat baik harus dijaga, agar ALLAH S.W.T menganugerahkan akhir hidup yang indah dan diredhai.

"YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KETEGUHAN DAN KEISTIQOMAHAN BERADA DALAM JALANMU.KURNIAKANLAH KEPADA KAMI HUSNUL KHOTIMAH AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

*Sekadar berkongsi.

Monday, November 15, 2010

Wanita yang menutup aurat itu indah seperti emas permata


Aku jumpa kisah ni dalam fesbuk sorang sahabat. Sangat tertarik dengan kisahnya. Jadi, terasa ingin berkongsi dan untuk wat simpanan sendiri juge..

**********

Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.''

Manakah lebih mulia?

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.

Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.

Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?

Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?

Pernah.

Pernah masuk ke kedai emas?

Pernah.

Pernah ke pasar malam?

Pernah.

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?

Tentu sahaja di kedai emas.

Bagaimana keadaannya?

Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.

Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?

Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.

Thursday, October 28, 2010

Sushi


Heh. Buat kawanku yang post entry ‘ketagih sushi’. Aku pon nak tulih entry sal sushi gak ler. Haha.

Wanwan, saya pon ketagih sushi juge. Tako-tako pon saya ketagih. Nanti saya nak soh ayah saya carikan pan tako-tako la. && Wanwan, saya da belajar wat sushi dari princess emyra. Jelez tak? Saya harap anda jelez. Sebab buat orang jelez seronok. Sushi~ Sushi~Sushi~Takoyaki~Takoyaki~

Terpengaruh dengan Luffy bile beliau makan takoyaki. Aish.

Berazam mengasah bakat untuk buat sushi lagi. Aish. Tak puas hati. Yang hari tu kurang menjadi. Tapi Muhammad Afif tetap habiskan. Sedap kan?

Aish. Leleh tengok sushi nih.

P/s: Penat nak gulung sushi tu. Mane nak cari alat nih? Sangat senang kan.

Sekadar nak conteng.

Fathanah 4

Bila aku dengar lagu nasyid nostalgia, rindu rasanya nak balik ke zaman sekolah. Betol la orang kata. Bila da takde, mula la tercari-cari. Masa ada dulu, taknak gunakan betul-betul masa tu. Heh. Zaman sekolah. Hey. Ni story aku, oke.

Kenangan masa form 5 la bez. Mane tak nye. Senior la katakan. Berlagak. Haha. Tapi aku seorang yang baik. Tak buli junior. Apa klas. Setakat mintak TOLONG buat air, iron baju, basuhkan mug, err amek kan barang, panggilkan membe kat dorm laen, tu je la. Bukan buli namanye tuh. Mintak TOLONG. Haha. Tapi mereka sangat suka membantu aku. Thanks. Ahaks.

Kepada ahli dorm F4:

Hanim (KD), Mors, Lina, Joejoe Circus, Broken (ex), Tila, Syu (menumpang), Iza (2x5), Mai, Farahin, Tini, Ami, Anis Madu.

Korang sangat BEST gilerrr!

Hanim,

Ingat lagi tak? Kita selalu gi kelas lambat. Tido dalam kelas. Ko kejut aku, aku kejut ko. Ngumpat cikgu-cikgu (aish. Jangan tiru aksi ini. Berdosa!). Gaduh ngan Nazri. Ehem ehem. Usha-usha jejaka (kau tau sape. Haha). Tak turun maghrib kat surau (maaf Feyfey). Kene rotan ngan Feyfey. Stay up (kunun je. Sian Syu). Gaduh masam muka. Nangis cari enset ko malam besday ko tuh. Makan karipap dalam kelas. Terlalu banyak kenangan kan.

Mors,

Thanks coz banyak ajar aku. Bagi semangat kat aku. Story pasal jejaka kau. (haha). Study same-same (walaupun ko banyak marah aku. aish). Kejut untuk stay up (walaupun aku tak bangun). Buat aku jelez (sume markah pon ko nak tinggi dari aku). Sakit same-same (haha. Mase Spm. Taknak ingat). Kongsi minat anime (huh! Jelez ko pandai melukis). Tolong membebel kat aku tiap hari. Lagi apa ye. Ha! Tolong kirim salam. Haha. && aku tak lupe jawatan ko sebagai biro disiplin (tak sesuai you.) && lagi Wahab da ade anak comel mate bulat macam guli.

Lina,

Aku kenal ko mase kite form 5. Sengal kan. Haha. Punye la sebelah-sebelah kelas. Kite kongsi cerita pasal 5M1. Layan karenah aku. Bez manja-manja ngan ko. Tacing-tacing. Kena kan Hanim. Gosip-gosip. Kau banyak mulut. Tapi aku suke je dengar story ko. Heh. Adik ko scandal Hanim kan. Haha. Tapi still, ko takleh ganti ngan orang laen, oke!

Jojo,

Aku berkenan kat ko dari form 4 lagi. Jelez ngan Syu. Pe de kat Syu yang ko nak jadi scandal die? Haha. Gaya ko boyish. Tapi bile da satu dorm ngan aku, da jadi menawan. Bagus kan aku ajar ko jadi feminine. Haha. Kami sentiasa jelez ngan ko. Mors lagi-lagi lah. Aish. Aku pun tak puas hati. Santek, menarik, tertarik kau memang da bomb, rajin, menawan. Aish. Patut la Mors jelez ye. Joe, tolong makan banyak ye. Kau keding. Huh!

Broken,

Aish. Ko awal-awal lagi da kua hostel. Tak sempat nak manja-manja. Tapi ko memang sporting. I loike! Sejak kau kua, terpakse jojo teman aku tido tiap-tiap malam. Kira, sume salah ko la. Sian jojo. Tapi sejak yang menumpang bilik tu de, aku da berani tido sorang. Gud girl kan? Thanks sebab selalu tanye khabar. Ko tak penah lupekan aku kan. Nasihat aku, jangan selalu pecahkan barang.

Syu,

Gaya ko yang ko buat-buat comel tu sentiasa je menghiburkan hati aku. Selalu je buat aku gelak. Walalupun ko selalu kate ko comel, tapi Aku lagi Comel dari ko, oke! So, jangan tak puas hati. Itu kenyataan! Haha. Ko selalu je kan cerita sal Cikgu kapali. Tapi ko nak scandal ngan Jojo je. Huh. Mane lah Kapali nak terima ko. Heh. Syu, thanx sebab sabar je nak kejut kan kiteorang stay up. Haha. Tapi aku baek kan. Tak marah-marah ko. Ahaks.

Junior-junior,

Anda sangat nakal! Mai, thanx teman mandi hujan. Heh.

Banyak je bende aku nak cerita. Taknak kenangan tu hilang camtu je. Tapi malas nak taip. Heh. Mereka kat atas antara yang aku rapat. Buat benda bodoh, benda giler, benda sengal sama-sama. Rindu korang wey!

P/s : Laughter is always the best medicine.

Sekadar menconteng apa yang dirasa.

Sunday, October 24, 2010

K.I.T.A bersaudara


Biar adakalanya dia buat kau kecewa

Biar adakalanya dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa kerna dialah juga

Yang mengambil hatimu bila keadaan reda


Oh kita bersaudara kerana selalu mengalah

Tak guna marah-marah nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara tak guna gaduh-gaduh

Kerana air dicincang tidak akan putus


Biar kau dalam susah semua orang tak menegur

Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur

Jika tak adik-beradik yang tak mungkin berkira

Walau sekali kau beri selalu yang kau terima


Oh kita bersaudara


Oh kita bersaudara kerana selalu mengalah

Tak guna marah-marah nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara tak guna gaduh-gaduh

Kerana air dicincang tidak akan putus




p/s: Adik-beradik bagaikan gula-gula. Masam, manis dan kadang-kala masin.

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.

Invisibility

Watching and listening

To the things around me.

I don't open my mouth

Afraid I might disrupt their flow.

I see how they live

Listen to the words they use

And learn from their mistakes.

I don't want to become them

No, not with the way they talk

Even the way they move and look.

I know what might upset them

I know what will make them laugh

But I sit from a distance

And watch their reactions to different situations

That pass their way

And smile to myself

Because I'm my own person

And not like them.

by Sasha Horsford

Thursday, October 14, 2010

F.R.I.E.N.D.S


A good friend is someone we can count on, as well as being so much more. A friend is someone with whom we can relax and just hang out, have fun and share our innermost thoughts, deep dark secrets, lofty and noble goals, or our hopes, joys, and fears.

A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other.

That's why friends are friends....
Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.

Wednesday, September 29, 2010

Satu Hati !

Baru sempat untuk aku mengupdate blog ni. Beberapa minggu ni aku agak sibuk. Dengan assignment yang perlu disiapkan, oral test dan macam-macam hal lagi. Tetapi, Alhamdulillah. Semuanya oke-oke sahaja!

(Aku menulis sambil mendengar lagu shoutul amal-Nostalgia)

*Terkenang sebuah memori lalu

Kisah persahabatan kita bersama

Di dalam satu pengajian

Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku…

Pengorbananmu…

Terpahat padu dikalbu ku

Bersama rakan taulan dan guru

Tawa riangmu menghiburkan hatiku (hatiku)

Indahnya suasana ketika itu

Terjalin ukhuwah sejati…..

(seterusnya nyanyi sendiri la!)

Lama dah nak post entry nih. Tapi banyak kekangan la. Heh. Alasan je tuh!

Hari tu, institut aku buat majlis penutupan hari merdeka. Dan sambutan yang diberikan oleh mereka memang dapat dibanggakanlah. (Memang la. Dah wajib.)

Macam biasa la tentatif program. Mesti la de ucapan bagaikan. Walaupun sangat bosan, tetap setia menadah telinga. Sambil mulut dok potpetpotpet. Aish! Bese la tuh. Haha.

Ha! Cerita hangat. Seorang rakan kelas ku yang selama ni begitu liat sekali nak hadirkan diri dalam aktiviti institut nih, tiba-tiba muncul. Sangat terkejut dan penuh tanda tanya.

Katanya, “Jap lagi aku lari lah. Kejap je ni.

Tetapi, mata kami tidak berkedip nengok minah nih. Ye la. Tak caye la tetibe die datang kan. Dan. Magis. Dia stay sampai habis program. Syabas kawan! Rekod kehadiran anda terisi.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya pasai apa yang aku lihat masa tu. Bukan pasal kawan aku tuh. Cerita pasal dia sikit-sikit dah le.

Sebagai rakyat Malaysia, aku sangat berbangga lah dengan semangat mereka yang hadir masa majlis penutupan hari merdeka tu. Walaupun terpaksa, anda tetap datang. Bagus, bagus bagus!

Saya puji sikap anda. Dan scene yang paling tacing sekali, bila satu dewan yang penuh dengan manusia berbilang kaum, dengan satu suara menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia. Aku macam dapat rasakan yang kami bersatu walaupun berlainan bangsa, agama. Tapi, time tu je la.

Apa-apa hal, meh tengok.

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmatToleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semuaJadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Agak lambat kan entry merdeka aku. Tapi, suka hati aku la kan. Bukannya 31 Ogos je kita boleh tulis pasal hari merdeka, kan.

Orang yang melupakan sejarah, akan mengulangi sejarah.” Kata-kata dari orang bijak. Haha. Aku lupa daaa nama dia. Dan. Aku sangat bersetuju. Janganlah sampai kita lupakan sejarah sampai kita mengulangi balik apa yang pernah berlaku pada negara kita. Sayangilah negara, jagalah negara dan jangan persiakan apa yang pernah dilakukan oleh parajurit-parajurit negara kita. Our precious country.

p/s: Saya anak Malaysia.

Sekadar menconteng apa yang dirasa.