islamic gadget

Sunday, May 5, 2013


Di saat aku berasakan kemenangan hampir kunjung tiba,
Di saat itu Kau menguji kami dengan pelbagai dugaan.
Kau adalah menentu segalanya.
Kau adalah sebaik-sebaik perancang.
Hanya Kau yang mengetahui kebaikan di sebalik kekalahan ini.
Bukan.
Bukan kekalahan.
Namun belum diberi kesempatan untuk menang.
Menang dalam memperjuangkan agama-Mu di bumi Malaya ini.
Ya Allah, beriah peluang kepada kami untuk menegakkan syariat-Mu di bumi Mu ini.
Bantulah kami.
Tolonglah kami.
Hanya kepada-Mu tempat kami meminta.
Mungkin penangguhan kemenangan ini akan lebih menguatkan perjuangan kami dalam menegakkan syiar Islam.
Jangan bersedih wahai hati.
Jangan bersedih wahai jiwa.
Tetaplah berjuang.
Kerahkan kudratmu wahai mujahid dan mujahidah.
Semoga beroleh kemenangan pada masa akan datang.