islamic gadget
Monday, January 17, 2011
Jampi hilang sakit
Saturday, January 15, 2011
Terbang Najihah Terbang!
Sekarang baru berkesempatan nak update blog. Huh! Lappy agak mengong. Tenet tak dapat kat kampus. Balik rumah je dapat online. Sadis kan? Oke. Sepanjang dua minggu ni, agak banyak la benda berlaku. Benda ke? **conpius**
Last week, hari selasa bersamaan dengan 11 Jan 2011, adik aku, Najihah, lepasan spm, baru sahaja terbang ke US. Pertukaran pelajar under AFS. Apa tu? Tanya pakcik google, oke! Perasaan aku masa tu, sangat jeles + hepi la kan. Najihah lak, da shahdushahdu + pilupilu + nangesnanges + sayusayu gitu. Fact, walaupon dari form 1 sampai form 5 dok asrama, beliau masih lagi homesick. Hatoyai*. Macam mana dia nak hadapi 6 bulan kat sana ye. Tengok aku, cool je. Tak homesick pon. *bangga*
Mula-mula, Najihah tanak gi pon. Rugi kan? Bukan selalu dapat peluang. Orang kayaraya je yang dapat pegi kan. Aku dan ayah paksa pergi. Bukan paksa actually. Suruh, oke!
Alasan, “Rezeki jangan ditolak. Ingat senang ke dapat pegi. Kalau kakak dapat, kakak da gi.” Nada berbaur jeles gitu.
Najihah jawab, “Dah tu, tukar la.” Amboiamboi. Nak jugak kalau boleh. Haa.
Ayah paling semangat. Yelah, beliau pernah belajar kat US. So, da dapat tu, kena la pergi kan. Boleh melancong kat negara orang. Da la ditanggung AFS. Tanggung tiket pergi balik && sedikit duet poket kot. So, takde alasan nak tolak. 6bulan? Lama? Memang la. Tapi nanti pejam celik pejam celik, kejap je kan. Ntah-ntah Najihah lak tanak balik mesia. Huhu* jangan! Mak pula mula-mula tanak bagi pegi. 6 bulan. Lama. Tapi, akhirnya akur. Weee~
Baru je tadi najihah call dari sana. Katanya, “Sekarang ni kat cleveland height, ohio, usa.. Salji still turun n banyak gle.. Sumpah sejuk gle kat sini.. Dorang cakap suhu die lebih kurang 20 farenheit.. Xtau la dalam 'c berape.. Well.. Dah dapat dah famili angkat.. Sangat2 baek.. Hope i'll be okay here.. Honestly, rindu gle kat malaysia n rindu gle nk jmpe orang2 malaysia..”
Tu beliau post kat fesbuk la. Chillax la Najihah. Haha. Dalam fon, Najihah cerita pasal host parents dia. Sebelum ni, najihah dapat host parents kat Oregon. Dua-dua doctor. Tapi tu just temporary. Masa sampai kat London, ayah bagitau najihah da dapat host parents baru. Single mother. Tapi tadi (7 malam USA, Mesia 8 pagi), dia baru je sampai rumah host parents && host parents beliau bertukar lagi. Kali ni yang BetulBetulBetul punya. Family African-American katanya. Heh. Mom && Dad && sorang je daughter (16 tahun). Heaven la kan. Tak perlu berebut apa-apa kot. Bilik dia tak kongsi. Sorang-sorang saja. && host parents najihah sangat baek oke. Kenapa? Ce cite, ce cite.
Najihah kata, masa kat airport, host parents dia da tunggu dia dengan kasut snow && jaket. Mereka beli khas untuk najihah. Baek bukan? && host parents beliau juga offer untuk belikan henset && laptop. Wah! Ayah kata, “Mintaklah apple macbook pro.” Haha. Aku setuju! Kalau boleh, mintak la dua. Satu untuk kakak, oke! Wakakaka. Mom *mak angkat* najihah kata, kat sekolah dorang kena pakai laptop. Sebab tu dia nak tolong belikan. Prihatin la. I loike! && yang aku rasa terharu (kenapa aku lak yang rasa terharu ekk?) najihah cerita, mom dia, malam before najihah sampai, takleh tido sebab terlalu excited tunggu Najihah sampai. Heh. Sukee la. Tapi, Alhamdulillah la kan. Beliau dapat host parents yang baek. Mintak-mintak la najihah jangan wat hal ye. Kang kena hantar balik, naya je kena bayar 20k.
Ohio sekarang masih salji lagi. 20 farenheit. Ayah aku kata dalam -4’c. Sejok gler! Najihah da batok-batok selsema. Yela. Perubahan cuaca. Kesian. Jangan lupa makan obat! Oh, ayah aku kata, Ohio tu tempat ayah aku study dulu. University beliau dekat Columbus. Best nya! Jeles, jeles, jeles. && kata beliau lagi, kat Ohio memang winter lagi. Around bulan 3 baru la salji cair. Hatoyai*. Rindu salji. Itu kata ayah aku. *jeles lagi*
Apa nak cerita lagi ye. Ha. Ni semua story najihah oke! Masa beliau sampai kat umah host parents, adik angkat beliau ajak pergi Hard Rock Café. Sambut burfday kawannya. Najihah ikut je la kan. *bagus* && ceritanya, dia kata kena bayar sendiri duet air. Haha. Ayah aku gelak la. && kata ayah, orang sana memang macam tu. Takdenya nak belanja-belanja. Remaja-remaja la biasanya. Heh. Bagus apa. Patut aku amalkan. Wakakaka. Nasib bek la najihah bawak duet. Kalau tak, cuci pinggan mangkuk le ye dop?

Cleveland Height High School. Najihah akan bersekolah kat situ la. Hari selasa ni beliau akan start ke sekolah. J Rasanya tu je kot setakat nih. Nanti ada perkembangan beliau, beta akan maklum kan. Cewaah*. Oh. Lupa pula. Semalam kaum kerabat aku kecoh la kan sebab nampak Najihah dalam tv masa berita tv3. Masa tu mereka-mereka semua dinner bersama Muhyiddin (TPM). Najihah memakai baju sutera oren *yang diberi oleh Engku Halimah ibu saudaraku* dan tudung hitam. Excited betol mereka. Heh. Semestinya. Semua pon bangga dengan najihah. Oh. Satu lagi, mak angkat najihah sangat respect kat beliau la kan sebab katanya muda-muda da berani pergi jauh-jauh tinggalkan family. Heh. U taktau. Adik I tu tanak pegi. Tapi kami memaksa menyuruh beliau pegi. Jadi, sampai la beliau disana. Harapnya, u jaga la adik I leklok ye. Heh. (pesanan khas dari penaja) ^_^”
p/s: Bila agaknya akan ada cerita “Nisa ke US”?
*Sekadar berkongsi cerita.
Monday, January 3, 2011
Kenapa aku??

Semalam aku merindui rumahku, keluargaku.
Hari ini masih juga begitu.
Semalam aku tidak dapat melelapkan mataku.
Hari ini belum pasti lagi.
Semalam aku merengek-rengek hendak pulang ke rumah semula.
Hari ini aku tabahkan hati.
Semalam aku takut untuk berhadapan dengan keputusan peperiksaan.
Hari ini aku bersyukur.
Semalam aku rasa sayu.
Hari ini aku rasa bertenaga.
Semalam aku kepenatan.
Hari ini juga begitu.
Here the story.
Semalam dengan selamatnya aku telah sampai di hostel pada pukul 10 malam. Bermulalah perpisahan sementara antara aku dan ahli keluarga. Bunyi macam dok jauh je kan. Padahal rumah aku kat shah alam && kampus aku kat cheras. 30minit je beb kalau nak balik pun. Hati aku ni meronta-ronta taknak balik. Punye la gedik kan. Jap. Dah selamat mestilah bersyukurkan. Alhamdulillah. Oke. Back to the story.
Aku bukan nak cerita pasal semalam masa aku tengah sayu-sayu teringat kat rumah. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai hari ini (Isnin 3/1/2011).
Starting, hari ini bermulalah kehidupanku sebagai seorang student program ijazah sarjana muda pendidikan (pismp). Setelah mengambil resultku, Alhamdulillah, lulus dengan jayanya. Cewah. Then, da tua bangka pon, kami masih ada orientasi. Haruslah beb. Orientasi ni untuk menyedarkan kita betapa bertuahnya kita ni leh sampai ke peringkat ijazah selepas mengharungi segala cabaran dan dugaan masa foundation satu setengah tahun dulu kan. Betapa positifnya aku. Hahaha. Biasalah orientasi ada taklimat bagai kan. Lagipun orientasi ni dua hari je pun.
Here’s the story begins.
Baru la cerita nak start. Punyalah panjang mukadimah aku kan. Maaf la sis/bro. anda bosan? Abaikan blog ini && pegi lah tengok Naruto. Aku tak kisah.
Petang tadi, kami lakukan LDK. Biasalah kan orientasi. Mestilah de LDK kan. Mulanya kami lakukan ‘Senaman si Tommy’.
“Kaki kiri di depan, ke belakang, depan belakang ayuh goyangkan~…” Nyanyi-nyanyi. Hahaha. Search la di youtube oke! Tapi bukan ini yang aku nak cerita.
Seketika LDK berlangsung yang di conduct oleh seorang lecturer, aku sangat terkesan dengan kata-katanya.
“Kenapa ya Allah? Kenapa aku yang diangkat untuk menjadi seorang pendidik?” itulah pertanyaan yang dilontarkan kepada diri lecturer tu la sebelum beliau digelar guru kan. Pastu, boleh kugelarkan dia Puan? Boleh kan.
Puan tersebut menyambung, “’Kerana kau ada ciri seorang guru.’ Kata iman saya.” Puan tu kata macam tu la kan.
Pastu, aku tiba-tiba terfikir. Aku pon seperti puan tu. Aku tak berminat langsung dengan dunia pendidikan. Tak pernah pon terlintas kat kepala ni nak jadi guru kan. (Tipu sebenarnya. Masa kecik-kecik kalau cikgu tanya nak jadi apa, aku akan jawab “cikgu”, “polis”, “doctor”. Cita-cita yang fofular di zaman kanak-kanak.) Memang aku sedar menjadi seorang pendidik banyak kebaikan. Tapi aku tak fikir aku layak. Aku tak fikir aku mampu. Aku tak fikir aku yakin. Aku tak fikir aku boleh. && aku tak fikir aku ada ciri pendidik. Indeed. Loni pon, kalau aku nak terang apa-apa kat membe-membe pon, kabut lidah ni bercakap. Bila bercakap depan audience, terketar-ketar kepala lutut. Aish. Mana lah aku tak yakin kan.
Tapi bila puan tu kata, “Kerana kau ada ciri seorang guru, sebab tu Allah mengangkat kau untuk menjadi seorang pendidik.” Tak pernah terfikir pon aku macam ni kan. Korang pernah?
Walaupun aku tak gemar dengan kerjaya ni, tapi sekarang, aku rasa aku nak mencari ciri seorang guru apa yang aku ada untuk aku melayakkan diri menjadi seorang pendidik. Susah bukan? Aku pon rasa macam tu. Tapi, aku yakin, segala yang berlaku mesti ada hikmahnya kan. (aku tengah senyum sekarang sambil buat muka suci). Sekarang sebelah kaki ku sudah melangkah ke dunia pendidikan. Sebelah lagi akan menyusul bila aku dah dapat ijazah. Masih boleh berpatah balik ke? Aku selesa dengan keadaan sekarang. Cuma bila fikiran jahat datang, akan timbul persoalan, “Betol ke aku nak jadi cikgu nih?” Terok bukan. Aku dah sampai sejauh ni, tapi masih ragu-ragu dengan pilihan aku. Aiyoo.
Tapi, anda akan doakan untuk saya bukan? (-_-)
P/s: Cikgu dalam cerita ‘Gokusen’ rock beb! Nak jadi macam itu boleh kah?
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
Saturday, January 1, 2011
ByeBye 2010. Hello 2011. !

Happy New Year 2011. Keboom. Dush! Dush! Keboom! (bunga api. Hahahah) hari ni da masuk tahun 2011. So, gud bye 2010. Huhu. Cepat betol masa berlalu kan. Tuptup da 2011. Maknanya umo kita pon makin meningkat tua la kan. Tapi aku muda remaja lagi, oke! Nanti turn aku lak byebye belas-belas. Hello puluh-puluh. Waaa. Pesal takleh terima kenyataan nih. Sobsob. Oke. Bukan nak cerita pasal umo aku sekarang nih oke!

Bila masuk tahun baru je, orang akan tanya, “Apa azam ko tahun ni?”. Soalan biasa je kan. So, aku taknak lah tanya azam korang. ;p Aku pon tanak cerita pasal azam aku. Heheh.
Tahun baru, buka buku baru, harapan baru, kehidupan baru, baju sekolah baru, kasut baru, gaya baru, personality baru && semua lah yang baru kan. Saje je highlight baru tu sebab topic pasal tahun baru kan. Wakakaka. Aku harap, dengan kehadiran tahun baru ini, kita dapat membaiki diri kita dari yang lama kepada yang baru. Dari yang buruk kepada yang baik. Dari yang terok kepada yang bagus. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya kan. Amiin.
Oke. Takde cerita menarik pon tahun baru ni. Cuma masing-masing sibuk menguruskan barang nak bawak gi hostel la, barang-barang sekolah && keperluan. Aku lak. Barang-barang 30% je yang baru packing. Punyalah berat hati nak balik hostel. Waaa. Nak cuti lagi.
Semalam, aku menyambut tahun baru hanya berstory mory dengan naqiah. Kata naqiah, “Tahun baru tak rasa apa pon. Rasa sama je.” Hehe. Ada-ada sahaja la adikku ini. Mestilah ada rasa berbeza. Aku rasa aku makin tua setahun tau tak? Aish. Balik-balik cerita umo. Lalalalala.
Suara terompet seolah sangkakala menjemput kematian
Pergantian jiwa telah dilakukan
Hingar-bingar lebih seperti upacara pemakaman
Transaksi tukar zaman dengan harapan
Kembang api menjadi hiasan
Seolah tembakan laso mengenang pahlawan
Baru saja pergantian tahta tahun diupacarakan
Sudah mulai memikirkan upacara untuk tahun depan
Akan bagaimanakah jiwa manusia menggiring awan?
Mungkin itulah yang patut untuk dipertanyakan
Aku petik puisi ni dari pakcik google. Heh. Tahun baru bermakna akan bertambahlah pengalaman kita. Tahun baru bermakna kita akan mempelajari sesuatu yang baru. Tahun baru bermakna semakin matanglah diri kita. Kan??
Tahun telah di lalui dengan menghadirkan pelbagai cerita..
cerita indah..
cerita bahagia..
cerita kesedihan..
dan cerita – cerita kehidupan yang lain..
Kini tahun kan berganti,
berganti dengan tahun yang baru..
harapan baru..
mimpi baru..
cerita baru..
dan mungkin kehidupan yang baru..
Apa yang telah kita lalui di tahun ini..
mungkin akan menjadi kenangan..
kenangan indah..
ataupun kenangan pahit..
akan selalu tersimpan dalam ingatan kita..
Di tahun yang baru nanti..
kita harus berusaha untuk lebih baik dalam segala hal,
berbaiki yang rosak..
menambahi semua kekurangan..
merubah kesalahan untuk lebih bagus..
untuk kehidupan yang lebih baik..
Kita memulai lembaran baru..
mengisi cerita baru..
mimpi untuk jadi nyata..
dan harapan untuk terkabulkan..
p/s: aku harap aku da semakin matang sekarang. Hahaha.
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
Thursday, December 30, 2010
Cuti janganlah habis!
Assalamualaikum.
Hey, Mr bloggie, aku suka betul ngan tajuk tu. Cuti janganlah habis. Huhu. Betol. Aku sangat mengharap. Kata Syazwan Sanosi, “suh muhyidin tambah cuti ! haha.” Kalau la boleh.. aku tak bersedia lagi nak balik kampus. Berhadapan dengan result yang tak pasti ok ke tak ok. Kuliah yang padat. Assignment bagai. Aish. Budak, itu biasa la bagi student kan. Oke. Count down. Lagi dua hari yang tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah. Apa nak buat. Apa nak buat.
Ahad ni aku da balik hostel. Malasnya. Barang-barang aku tak packing lagi. Malas. Pemalas betol. Mesti korang pikir camtu. Sampai hati kan. Oke. Memandangkan hari ini aku akan balik ke rumah selepas dua minggu berada di Penang (menemani ayahanda outstation), jadi tinggal esok sahaja untuk enjoy. Ceh. Macam esok je tinggal hari last dok kat muka bumi ni. Nauzubillah. Hee.
Kenapa aku mengharapkan cuti janganlah habis? Sebab, aku sedar umo aku makin meningkat. OMG! Biar la hari-hari pon 31 December. Hahaha. Merepek je ko ni. Oke. Bila umo makin meningkat, makin banyak la dugaan && cabaran && masalah && apa-apa je la.
Oke. Aku tak tahu whats the point aku cite ni. Disebabkan aku tengah rush, tak sabar nak balik ni, benti kat sini je. Pokoknye, Cuti, janganlah habis!!!
*sekadar menconteng apa yang dirasa.
Sunday, December 26, 2010
kekasut!
Petang semalam, afif, adik bongsu aku mengamuk nak maen tenis. Cis. Macam la pandai kan. Umo baru 9 tahun. Budak hingusan lagi. Ada hati nak maen tenis. Aku pon tak reti nak maen. Aku tengok raket tu pon lagi besar dari dia. Hahaha. Disebabkan kesungguhan afif nak maen tenis, kami satu keluarga terpaksa turun padang. Hajat Mira nak swimming pon terbantut. Actually, bagus jugak kan. Dapat pengalaman. Dapat exercise. Kami memang suka exercise. Credit untuk afif. Heh.
Bila aku tengok afif maen, agak kelakar. Rugi tak snap gambar. Berpusing 360
The moral of the story is, kami satu keluarga turun padang. && even kami tak reti maen tenis, tapi kami enjoy. Cuma berebutkan raket tenis yang cuma ada dua tu yang kurang seronok. Tapi afif sangat puas hati la. (sebab dia fikir dia terer maen la kunun). All the time, dia yang banyak pegang raket tenis. Ha. Cite hawt. Semata-mata nak maen tenis, kami pergi shopping nak cari kasut sukan untuk afif. Semangat. Mula-mula pergi tengok kasut kat kedai al-ikhsan. Tau-tau je la rege && brand mereka macam mana kan. Aku ni da la buta kasut. Lain sukan, lain kasut nya. Tak tau nak pilih yang macam mana yang suitable for Afif. Kalau untuk ahli sukan boleh la nak beli kat situ kan. Ni setakat adik aku yang baru nak jinak-jinak dengan sukan ni, baek beli kat downtown je. Dua singgit.
Oke, sekarang aku tak tahu apa motif aku dok bercerita nih. But I’ve got some info about how to choose sport shoes. Dulu lecturer aku penah gitau kalau nak beli kasut, beli waktu petang. Masa tu kaki kita akan mengembang. So, aku ada search kat pakcik google. So, this is his answer.
INFO
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:
-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.
-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Tu je la info nye. Tapi berguna kan. But still, aku tak tahu jenis-jenis kasut yang de. Aku nak juga tahu kasut untuk tenis, pingpong, futsal && segala bagai sukan macam mana kan. Yang aku tahu untuk running je. Heh.
p/s: Adidas, Nike, Lotto, Reebok, Bata, Vincci, Guess, Cap Ayam, Cap Buaya, yang mana pilihan hati??
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
Thursday, December 23, 2010
Assalamualaikum! ;)

Cuti sekolah means aku pon cuti dari mengupdate blog. Aish! Terok sungguh. Haha. (gelak akan kemalasan diri sendiri dari mengupdate blog). Okey. Here the story. Bila aku ada idea nak menulis, aku akan tulis. && bila idea aku tengah mencurah-curah keluar dari kepala, laju je tangan aku akan menaip. Akan tetapi, ha ni la nak cerita. “ce cite, ce cite” (kalau korang tengok hantu kak limah balik rumah, awie && the gang suka cakap macam tu, ‘ce cite, ce cite’.. sengal! Gelak tak ingat dunia aku. Hahahahhaha.) oke. Balik ke cerita asal. Akan tetapi, bila aku dok syok menaip, tetiba ketandusan idea beb. Ha. Mane tak terbengkalai story aku. Tu yang tak syiok. Hilang mood nak menaip. Heh ^,^ Kunun nak sambung nanti. Aku kan rajin. Tapi idea masih juga tak kunjung tiba. Hehehe. Alasan tuh!
Oke! Ketandusan idea lagi. Heh. :D (banyak tu je aku mampu tulis?)
*Sekadar menconteng aku pon tak tahu apa.