islamic gadget

Thursday, November 18, 2010

KETIKA MASJID DAN RUMAH PELACURAN ROBOH

Aku jumpa kisah ni pon dalam fesbuk seorang sahabat.

***********

ADA DUA LELAKI. Keduanya adalah saudara kandung. Lahir di dalam keluarga yang taat beragama. Namun perilaku dua orang itu berbeza.

Yang tua, sejak kecil dikenal baik, alim dan ahli ibadah. Ia tidak suka menyakiti orang lain. Tidak suka huru-hara. Tak pernah menyentuh gelas minuman keras (arak) apalagi meminumnya. Waktu mudanya banyak dihabiskan di masjid. Ia juga tidak suka bergaul dengan wanita yng bukan mahramnya. Pernah ia dirayu seorang gadis cantik yang masih sepupunya, namun dia teguh dalam keimanannya. Kerana amal perbuatannya yang baik dan akhlaknya yang mulia, dia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.

Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil dikenal nakal. Sejak remaja sudah biasa masuk ke tempat maksiat. Rumah pelacuran adalah tempat biasa ia melepak. Hampir setiap hari dia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacuran miliknya itu. Kadang-kadang dia juga ikut sekumpulan perompak, untuk merampas harta orang lain. Ketika merompak ia bahkan terkadang juga melakukan pemerkosaan . Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijikkan telah ia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Suatu ketika, sang abang yang alim dan ahli ibadat merenung sendirian. Tiba-tiba nafsunya berkata padanya:

"Sejak kecil selalu berbuat kebaikan dan beribadat. Kau telah mendapat tempat di hati masyarakat dan dikenali sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sekali engkau datang ke tempat pelacuran iaitu tempat adikmu. Sesekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh beristighfar beribu kali dalam solat tahajjud. Bukankah Allah SWT Maha Pengampun?"

Pujukan hawa nafsu ternyata masuk dalam fikirannya. Ia berkata pada dirinya:

"Benar juga, Kenapa aku tidak pernah menghibur diri? Hidup cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di tempat pelacuran adikku. Setelah itu, aku pulang dan bersujud kepada Allah SWT. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sementara itu, di rumah pelacuran adiknya merenung:

"Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan dosa. macam-macam maksiat telah aku lakukan. Keluarga dan masyarakat telah membenciku. Kenapalah aku tidak berbuat baik seperti abangku? Bagaimana jika esok aku mati? Bagaimana aku harus bertaubat atas dosa-dosa ku? Malam ini selepas maghrib, aku ingin ke Masjid tempat abangku beribadat. Aku mahu bertaubat. Semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosaku."

Maka, setelah malam menjelma, mereka pun melaksanakan niat masing-masing. Sang abang menuju ke rumah pelacuran setelah solat maghrib manakala sang adik menuju ke masjid dan meninggalkan rumah pelacuran itu.Mereka menggunakan jalan yang berlainan sehinggakan mereka tidak bertemu di perjalanan.

Sampai di tempat pelacuran, Si abang mencari adiknya. namun tidak dijumpainya. Si abang tetap melaksanakan niatnya walaupun adiknya tiada. Dia menuruti segala keinginan nafsunya bersama penari-penari di rumah pelacuran itu.

Di tempat yang lain, si adik pun sampai ke masjid. Dia mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya tetapi tiada di situ. Dia meneruskan niatnya meskipun abangnya tiada. Ia melakukan solat dan beristighfar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.

Tiba-tiba bumi bergoncang dengan kuat.

"Awas, ada gempa! ada gempa!" teriak orang di jalan. Semua orang panik. tetapi si adik yang sedang khusyuk beribadat tidak berganjak dari tempatnya. Demikian juga si abang yang sedang terlena di rumah pelacuran.Dia sama sekali tidak merasakan gempa tersebut. Gempa bumi tersebut menyebabkan banyak bangunan roboh termasuklah masjid dan rumah pelacuran.

Keesokan harinya, si abang di temui mati di bawah runtuhan rumah pelacuran disamping wanita-wanita penari dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan si adik ditemui mati di bawah runtuhan masjid dengan mashaf Al-Quran di dalam dakapannya.

Masyarakat yang tahu ehwal kedua adik-beradiknya itu menitiskan air mata. Mereka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali ahli ibadat kenapa boleh mati dengan cara yang demikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah. Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga.

Bahawa kematian boleh datang bila bila saja. Hanya ALLAH yang tahu.Maka jangan sekali kali menurut hawa nafsu,siapa tahu saat menurut hawa nafsu itulah saat itulah maut menjemput. Na'udzubillahi hi min dza lik. Bahawa niat baik harus dijaga, agar ALLAH S.W.T menganugerahkan akhir hidup yang indah dan diredhai.

"YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KETEGUHAN DAN KEISTIQOMAHAN BERADA DALAM JALANMU.KURNIAKANLAH KEPADA KAMI HUSNUL KHOTIMAH AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

*Sekadar berkongsi.

Monday, November 15, 2010

Wanita yang menutup aurat itu indah seperti emas permata


Aku jumpa kisah ni dalam fesbuk sorang sahabat. Sangat tertarik dengan kisahnya. Jadi, terasa ingin berkongsi dan untuk wat simpanan sendiri juge..

**********

Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.''

Manakah lebih mulia?

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.

Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.

Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?

Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?

Pernah.

Pernah masuk ke kedai emas?

Pernah.

Pernah ke pasar malam?

Pernah.

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?

Tentu sahaja di kedai emas.

Bagaimana keadaannya?

Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.

Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?

Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.