islamic gadget

Wednesday, February 9, 2011

Selayaknya kau!

Dekat …

Tapi jauh …

Ada …

Tapi tiada …

Nampak …

Tapi tak kelihatan …

Apa yang kau harapkan?

Jangan berharap.

Hanya perlu apabila diperlukan sahaja.

Selayaknya kau.

Kau.

Jadilah lebih baik.

Sebelum kau harapkan yang lebih baik.

Kau.

Kenapa emo?

Tak perlu!

Inilah kehidupan.

Tak semua yang kau nak kau akan dapat.

Mengerti?

Terimalah hakikat.

p/s: aku bukan seseorang yang baik kerana itu aku tidak dapat tawan mereka.

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.

Tuesday, February 8, 2011


sepi .
sunyi .
suram .
busan .

mane kaw?


rumet ku yg gilax!
p/s: Fine. aku sorang!

Mari Bercerita episod 2:Bola oh bola

Sambungan dari episod lepas. Ada macam cerita drama bersiri tak? Haks haks. Malam selepas aku balik dari hang out bersama member-member Semteg, hari yang sama jugak la kan, aku && family ku pergi ke stadium Shah Alam. Buat hape? Tengok pancaragam ke? Oh tidak ! Kami sekeluarga gi tengok bola, Kelantan vs. Selangor. Adik lelakiku beriya-iya nak tengok bola. Kami pon turutkan saje la. Itu juga merupakan pengalaman pertama aku. ;D

Disini, aku bukan lah nak ulas balik kan macam mana game tu berlangsung. Semua pon tahu kan siapa menang siapa kalah. Adat permainan la kan.

Oke! Disini saya ingin menyatakan bahawasanya sangat best jugak la tengok bola. Nak-nak live kan. Rasa ‘live’ gitu. Time gol tu, aku pon turut rasa nak melompat. Haha. Tapi ciri-ciri wanita Melayu terakhir masih menebal lagi dalam diri nih. So, aku masih sempat mengawal tingkah laku ku. Syabas bette*.

Keseronokan apabila gol kedua disumbat

Untuk pengetahuan semua, bola itu bulat. Sudah tahu? Alhamdulillah. Tapi bukan pasal tu aku nak bagitahu. Aku nak story pasal tingkah laku manusia. Oh! Lupa. Untuk pengetahuan semua, aku && family duduk di side Kelantan. Kenapa? Tepuk dada tanya selera.

Peminat baru The Red Warrior



Khusyuk*


ayah && afif


mak & afif


Gol ! Gol !




Masa di stadium tu, suasana begitu gamat sekali. Pekikan, lolongan, tawaan, laungan, tangisan, gendangan, hon-hon-ngan kedengaran dimana-mana. Seram la pulak. Mane tidaknya. Ramai sungguh manusia. Sesak mata aku dok nengoknya. So, kami memilih tempat yang kurang orang. Aku ingatkan selesa la sikit kan. Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya salji di tengah hari. Ya. Bangku kosong merata-rata. Tetapi asap rokok juga merata-rata. Mengikutiku kemana jua ku pergi. Macam hamster yang mengikuti tuannya kemana jua. Penat aku jadi minah arab, totop hidong dengan kaen, tapi baunya masih ku bau. Sesak nafas aku. Aish. Ni bukan ditujukan untuk orang Kelantan pada masa itu, tetapi secara umumnya, memang segelintir manusia kat bumi nih suke benor nak merokok kan. Kau telah memendekkan lagi usia kau juga usia orang sekeliling kau, kau sedar tidak? Ya darling. Ajal maut Allah tentukan. Tapi dengan menghisap rokok, adakah benda alah tu akan membuatkan anda semakin sihat? Renung-renungkan && selamat beramal. Full stop.




aku && ayah



Manusia nih. Pandai beli, pandai makan, pandai pakai, pandai la jugak buang sampah tu leklok kan. Tong sampah merata-rata. Kaw pilih nak buang tepi tiang la, tepi kerusi la, tepi dinding la. Takde nilai moral ke? Takde adab ke? Sakit mata aku tengok sampah merata-rata kat stadium tu. Kalau satu dua tiga, aku tahan lagi la. Ni selonggok. Da nampak rupa tempat pembuangan sampah je. Manusia manusia. Full stop.

deretan ‘perhiasan’



****

Dialog.

Mak: Mana tempat duduk Selangor eh?

Pegawai: Selangor kat sebelah sana. Sini Kelantan.

Ayah: Masuk kut Kelate lah.

Mak: Kelate ganah. Takut jadi gapo-gapo kea.

****

Kalau aku pon akan fikir itu macam. Sebelum ni, kan pernah terjadi kejadian bakar kerusi. Takut wei. Yes. Aku tahu tak semua orang Kelantan ganas. Tapi, aku takut juga. *Boom!* Opocot. Hah? Baling mercun? Terkezut aku. Dah la kuat. Kalau bunyi macam mercun poppop takpe gak. Kus semangat. *macam mak nenek dah gayanya* Tapi, ini serius. Mercun dari awal sampai akhir. Tahu la kan masa tu nak dekat raya cina da. Tapi jangan lah semangat sangat. Takot den nengoknya. Kat polis pon dia leh selamba badak air je baling mercun tu. Tak gentar ke? Mesti la tak kan. Kalau tak, takdenya budak tu baling. Dasar tak kenang dek untung. Haha. *pe kaitan?* Full stop.

Sambutan raya cina


Walaubagaimana pon, tak adil la kan kate budak Kelantan je jahat kan. Kat semua tempat pon de jahat de baik kan. Tapi biasanya, yang baik tu mana la orang nak nampak. Yang buruk tu jugak la yang nak dikenang-kenang. Norma kehidupan la kan. Adat manusia memang begitu. Dah buat baik sejuta kali pon, bila terbuat jahat sekali, yang tu la dok di ungkitnya sampai kapan. *walaupun da insaf pon* aish.

Tamat episod 2.

p/s: Khairul Fahmi terbaek dari ladang! *thumb up*

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.

Monday, February 7, 2011

Mari bercerita episod 1:Hang Out!

Kemalasan melanda. Penyakit merbahaya. Maaf incik. Lama saya tak update. Penyakit malas ditahap maksimum. Apa? Meranjukk? Jangan la itu macam kan. Senyum~ ;D

Mood sekarang; tiada mood. Haha~

Hari ni da start kelas macam biasa. Busan~ tak puas cuti semiggu hari tu. Nak cuti lagi. Nak cuti lagi.

*******

Dah lame aku nak update semua-semua nih. Tapi disebabkan aku demam malas tahap melampau, tertangguh je kejenya. *sigh*

Sabtu lepas bersamaan dengan 29Jan2011, aku hang out bersama teman-teman Semteg ku dulu. Windu mereka. *wink wink* Tujuan utama adalah menemani seorang teman ni membeli external hard disk. Sanggup aku turun kL kan. *dari Shah Alam je puunn. Jauh tuuuu..* Say thanks to me. *sama-sama*




mereka yang gilax!


Someone treat! Nyum~


aku di mana-mana! Peace~ eh. Ika pon?




datin berseri yo~

Kesimpulannya, kami sangat hepi. Maaf ye teman-teman. Aku lambat upload gambo-gambo nih. Hee.

P/s: Destinasi seterusnya Pulau Perhentian. Siapa mahu ikot?

Tamat episod 1.

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.