islamic gadget

Sunday, July 4, 2010

mukadimah~

Pada suatu hari, aku melihat sepupuku (yang belajar di UIA memandangkan sepupuku ramai ;p ) begitu tekun menghadap laptop. Khusyuk benar sehingga aku berjalan masuk ke dalam bilik pun sepupuku tidak sedar. Apa yang dibuatnya aku pun tak tahu. Aku menghampirinya. Panjang leherku untuk melihat apa yang menarik.

“Oh! Patut la. Berblog rupanya.” Desis hatiku.

Sepupuku, seorang yang suka berkarya kukira. Aku suka membaca apa-apa yang ditulisnya. Sejak dahulu lagi. Dan aku sangat ‘admire’ dengan cara penulisnya, penyampainya, sikapnya, penampilannya. J

“Kakak taknak buat blog ke?” pernah sepupuku mengajukan soalan itu kepadaku.

‘Kakak’ merupakan panggilanku sejak kecil dalam kalangan keluargaku memandangkan aku merupakan anak sulung. Sehingga sekarang sepupuku itu memanggilku ‘kakak’ walhal dia lagi berumur dariku. :P

“Tak kot. Tak tahu nak tulis apa la.” Jawabku.

“Tulis je la apa-apa pun. Apa yang terlintas di fikiran ke? Nak kongsi ilmu apa-apa ke?” suggest sepupuku.

Oh! Tengoklah macam mana nanti.” =)

***

“Kakak, baby dah buat blog.” Tiba-tiba adik keduaku datang menyergah.

Kus semangat. Terkejut hamba. Oh! ‘Baby’ adalah panggilan adik keduaku. Panggilan itu semasa dia masih bayi kukira melekat sampai dah besar gajah pun.

“Oh! Baguslah.” Senyumku.

“Kakak taknak buat blog ke?” oh! Sekali lagi soalan itu diajukan kepadaku. Jawapanku masih sama seperti yang aku berikan kepada sepupuku dahulu.

***

Sepupuku datang bertandang di rumah. Katanya sekarang cuti semester. Cuti semesterku juga tinggal lagi seminggu. Menurut sepupuku, hujung minggu ini dia akan menyertai ‘summer camp’ di sungai congkak. Kiranya dia akan menghabiskan seminggu cutinya di rumahku kemudian barulah dia pulang ke rumahnya di Besut. Seperti biasa, sepupuku akan tenggelam dalam dunia blognya. Ku biarkan sahaja.

Malamnya, sepupuku sekali lagi bertanyakan soalan yang sama. “Kakak taknak buat blog ke?”

Jawapan yang sama juga kuberikan.

“Baby pun dah buat blog. Saya baca blog dia pun, bagus. Banyak bagi informasi. Penulisannya pun boleh tahan.”

“Nak buat juga. Tapi tak tahu nak tulis apa la.”

“Tulis je la apa-apa. Buat la kakak. Nanti boleh la saya letak follower kat tepi tu ‘family’.” Ujar sepupuku. Aku sekadar tersenyum.

***

Tempat : Atas katil di bilik asrama.

Sambil berbaring, tiba-tiba terlintas difikiranku…… “Rasa nak buat blog gak la..” oh! Ide gila. Aku bukanlah jenis yang suka menulis. Macam mana boleh terlintas nak buat blog. Tapi berblog macam menarik. So, buat je la. Apa nak tulis tu cerita kemudian.

Maka, terciptalah!

Dengan bersusah-payahnya aku mencari ide-ide untuk blogku ini. Huh! Penat sungguh. Dengan bantuan rumetku, aku berjaya juga. Terima kasih rumet ku.. haha.

Sekadar menconteng apa yang dirasa. Wallahualam.

1 comment:

  1. salam.my dearest zoobidoo...tahniah anda telah berjaya melakukannya! jadi, sila update...waitng 4 ur nex post. ;p suka2~ =)

    ReplyDelete