Take Time...
islamic gadget
Wednesday, September 14, 2011
Take time.....
Take Time...
Friday, August 5, 2011
Friday, July 8, 2011
Kau lah punca
Manusia.
Bila nampakk orang senang, mula la tak sedap duduk.
Bila orang melebihi kau, mula la berhasad dengki.
Mengata sini. Mengutuk sana.
Hey manusia.
Matang la sikit.
Mereka bukan mahu pangkat.
Mereka bukan gila kuasa.
Mereka menjalankan tugas oke!
Kau ada tugas kau.
Lakukan tugas kau.
Jangan peduli hal lain.
Cakap belakang apa guna.
Berdepan la dengan si pembenar.
Baru tahu siapa jantan siapa betina.
Kau bikin aku panas.
Cerita nak kasi gempak je.
Sendiri fikir la.
Jangan pandai nak jadi batu api sahaja.
Orang lain tak bising, apa pasal kau nak bising.
Mahu pangkat, ambil.
Bukan boleh bawa mati.
p/s: Mulut memang laju kan bila bercakap?
Sunday, April 17, 2011
Menunggu diri sendiri untuk rajin mengupdate blog.
*sigh*
Wednesday, February 9, 2011
Selayaknya kau!
Dekat …
Tapi jauh …
Ada …
Tapi tiada …
Nampak …
Tapi tak kelihatan …
Apa yang kau harapkan?
Jangan berharap.
Hanya perlu apabila diperlukan sahaja.
Selayaknya kau.
Kau.
Jadilah lebih baik.
Sebelum kau harapkan yang lebih baik.
Kau.
Kenapa emo?
Tak perlu!
Inilah kehidupan.
Tak semua yang kau nak kau akan dapat.
Mengerti?
Terimalah hakikat.
p/s: aku bukan seseorang yang baik kerana itu aku tidak dapat tawan mereka.
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
Tuesday, February 8, 2011
Mari Bercerita episod 2:Bola oh bola
Sambungan dari episod lepas. Ada macam cerita drama bersiri tak? Haks haks. Malam selepas aku balik dari hang out bersama member-member Semteg, hari yang sama jugak la kan, aku && family ku pergi ke stadium Shah Alam. Buat hape? Tengok pancaragam ke? Oh tidak ! Kami sekeluarga gi tengok bola, Kelantan vs. Selangor. Adik lelakiku beriya-iya nak tengok bola. Kami pon turutkan saje la. Itu juga merupakan pengalaman pertama aku. ;D
Disini, aku bukan lah nak ulas balik kan macam mana game tu berlangsung. Semua pon tahu kan siapa menang siapa kalah. Adat permainan la kan.
Oke! Disini saya ingin menyatakan bahawasanya sangat best jugak la tengok bola. Nak-nak live kan. Rasa ‘live’ gitu. Time gol tu, aku pon turut rasa nak melompat. Haha. Tapi ciri-ciri wanita Melayu terakhir masih menebal lagi dalam diri nih. So, aku masih sempat mengawal tingkah laku ku. Syabas bette*.
Peminat baru The Red Warrior
Masa di stadium tu, suasana begitu gamat sekali. Pekikan, lolongan, tawaan, laungan, tangisan, gendangan, hon-hon-ngan kedengaran dimana-mana. Seram la pulak. Mane tidaknya. Ramai sungguh manusia. Sesak mata aku dok nengoknya. So, kami memilih tempat yang kurang orang. Aku ingatkan selesa la sikit kan. Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya salji di tengah hari. Ya. Bangku kosong merata-rata. Tetapi asap rokok juga merata-rata. Mengikutiku kemana jua ku pergi. Macam hamster yang mengikuti tuannya kemana jua. Penat aku jadi minah arab, totop hidong dengan kaen, tapi baunya masih ku bau. Sesak nafas aku. Aish. Ni bukan ditujukan untuk orang Kelantan pada masa itu, tetapi secara umumnya, memang segelintir manusia kat bumi nih suke benor nak merokok kan. Kau telah memendekkan lagi usia kau juga usia orang sekeliling kau, kau sedar tidak? Ya darling. Ajal maut Allah tentukan. Tapi dengan menghisap rokok, adakah benda alah tu akan membuatkan anda semakin sihat? Renung-renungkan && selamat beramal. Full stop.
Manusia nih. Pandai beli, pandai makan, pandai pakai, pandai la jugak buang sampah tu leklok kan. Tong sampah merata-rata. Kaw pilih nak buang tepi tiang la, tepi kerusi la, tepi dinding la. Takde nilai moral ke? Takde adab ke? Sakit mata aku tengok sampah merata-rata kat stadium tu. Kalau satu dua tiga, aku tahan lagi la. Ni selonggok. Da nampak rupa tempat pembuangan sampah je. Manusia manusia. Full stop.
****
Dialog.
Mak: Mana tempat duduk Selangor eh?
Pegawai: Selangor kat sebelah sana. Sini Kelantan.
Ayah: Masuk kut Kelate lah.
Mak: Kelate ganah. Takut jadi gapo-gapo kea.
****
Kalau aku pon akan fikir itu macam. Sebelum ni, kan pernah terjadi kejadian bakar kerusi. Takut wei. Yes. Aku tahu tak semua orang Kelantan ganas. Tapi, aku takut juga. *Boom!* Opocot. Hah? Baling mercun? Terkezut aku. Dah la kuat. Kalau bunyi macam mercun poppop takpe gak. Kus semangat. *macam mak nenek dah gayanya* Tapi, ini serius. Mercun dari awal sampai akhir. Tahu la kan masa tu nak dekat raya cina da. Tapi jangan lah semangat sangat. Takot den nengoknya. Kat polis pon dia leh selamba badak air je baling mercun tu. Tak gentar ke? Mesti la tak kan. Kalau tak, takdenya budak tu baling. Dasar tak kenang dek untung. Haha. *pe kaitan?* Full stop.
Sambutan raya cina
Walaubagaimana pon, tak adil la kan kate budak Kelantan je jahat kan. Kat semua tempat pon de jahat de baik kan. Tapi biasanya, yang baik tu mana la orang nak nampak. Yang buruk tu jugak la yang nak dikenang-kenang. Norma kehidupan la kan. Adat manusia memang begitu. Dah buat baik sejuta kali pon, bila terbuat jahat sekali, yang tu la dok di ungkitnya sampai kapan. *walaupun da insaf pon* aish.
Tamat episod 2.
p/s: Khairul Fahmi terbaek dari ladang! *thumb up*
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
Monday, February 7, 2011
Mari bercerita episod 1:Hang Out!
Kemalasan melanda. Penyakit merbahaya. Maaf incik. Lama saya tak update. Penyakit malas ditahap maksimum. Apa? Meranjukk? Jangan la itu macam kan. Senyum~ ;D
Mood sekarang; tiada mood. Haha~
Hari ni da start kelas macam biasa. Busan~ tak puas cuti semiggu hari tu. Nak cuti lagi. Nak cuti lagi.
*******
Dah lame aku nak update semua-semua nih. Tapi disebabkan aku demam malas tahap melampau, tertangguh je kejenya. *sigh*
Sabtu lepas bersamaan dengan 29Jan2011, aku hang out bersama teman-teman Semteg ku dulu. Windu mereka. *wink wink* Tujuan utama adalah menemani seorang teman ni membeli external hard disk. Sanggup aku turun kL kan. *dari Shah Alam je puunn. Jauh tuuuu..* Say thanks to me. *sama-sama*
Kesimpulannya, kami sangat hepi. Maaf ye teman-teman. Aku lambat upload gambo-gambo nih. Hee.
P/s: Destinasi seterusnya Pulau Perhentian. Siapa mahu ikot?
Tamat episod 1.
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
Wednesday, January 19, 2011
.............
Ada..
Tiada..
Sama sahaja..
Tiada berbeda..
Bila ada, kau tidak nampak..
Bila tiada, kau mana sedar ..
Manusia..
Memang begitu..
"Keep in touch okay. Forever. Will miss you, buddy."
Ungkapan bila kau ada di depan..
*biasa..*
*biasa..*
*biasa..*
Kau akan biasa dengan 'kebiasaan' yang tiada kau.
kau tahu ?
.........
kau siapa ?
.........
p/s: aku adalah aku!
*menconteng contengan ContengConteng
Monday, January 17, 2011
Asma oh Asma!
Sedikit info mengenai sakit asma. Huhu. Currently, tengah sakit *asma* L (boleh pulak ko update blog, huh?)
*****
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.
Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.
Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.
Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.
Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.
Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :
§ Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.
§ Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
§ Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
§ Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
§ Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara kerana kepayahan dalam mengatur pernafasan.
p/s: Sakit, bukan? *Nak bace jampi hilang sakit la*
*Sekadar berkongsi
Jampi hilang sakit
Saturday, January 15, 2011
Terbang Najihah Terbang!
Sekarang baru berkesempatan nak update blog. Huh! Lappy agak mengong. Tenet tak dapat kat kampus. Balik rumah je dapat online. Sadis kan? Oke. Sepanjang dua minggu ni, agak banyak la benda berlaku. Benda ke? **conpius**
Last week, hari selasa bersamaan dengan 11 Jan 2011, adik aku, Najihah, lepasan spm, baru sahaja terbang ke US. Pertukaran pelajar under AFS. Apa tu? Tanya pakcik google, oke! Perasaan aku masa tu, sangat jeles + hepi la kan. Najihah lak, da shahdushahdu + pilupilu + nangesnanges + sayusayu gitu. Fact, walaupon dari form 1 sampai form 5 dok asrama, beliau masih lagi homesick. Hatoyai*. Macam mana dia nak hadapi 6 bulan kat sana ye. Tengok aku, cool je. Tak homesick pon. *bangga*
Mula-mula, Najihah tanak gi pon. Rugi kan? Bukan selalu dapat peluang. Orang kayaraya je yang dapat pegi kan. Aku dan ayah paksa pergi. Bukan paksa actually. Suruh, oke!
Alasan, “Rezeki jangan ditolak. Ingat senang ke dapat pegi. Kalau kakak dapat, kakak da gi.” Nada berbaur jeles gitu.
Najihah jawab, “Dah tu, tukar la.” Amboiamboi. Nak jugak kalau boleh. Haa.
Ayah paling semangat. Yelah, beliau pernah belajar kat US. So, da dapat tu, kena la pergi kan. Boleh melancong kat negara orang. Da la ditanggung AFS. Tanggung tiket pergi balik && sedikit duet poket kot. So, takde alasan nak tolak. 6bulan? Lama? Memang la. Tapi nanti pejam celik pejam celik, kejap je kan. Ntah-ntah Najihah lak tanak balik mesia. Huhu* jangan! Mak pula mula-mula tanak bagi pegi. 6 bulan. Lama. Tapi, akhirnya akur. Weee~
Baru je tadi najihah call dari sana. Katanya, “Sekarang ni kat cleveland height, ohio, usa.. Salji still turun n banyak gle.. Sumpah sejuk gle kat sini.. Dorang cakap suhu die lebih kurang 20 farenheit.. Xtau la dalam 'c berape.. Well.. Dah dapat dah famili angkat.. Sangat2 baek.. Hope i'll be okay here.. Honestly, rindu gle kat malaysia n rindu gle nk jmpe orang2 malaysia..”
Tu beliau post kat fesbuk la. Chillax la Najihah. Haha. Dalam fon, Najihah cerita pasal host parents dia. Sebelum ni, najihah dapat host parents kat Oregon. Dua-dua doctor. Tapi tu just temporary. Masa sampai kat London, ayah bagitau najihah da dapat host parents baru. Single mother. Tapi tadi (7 malam USA, Mesia 8 pagi), dia baru je sampai rumah host parents && host parents beliau bertukar lagi. Kali ni yang BetulBetulBetul punya. Family African-American katanya. Heh. Mom && Dad && sorang je daughter (16 tahun). Heaven la kan. Tak perlu berebut apa-apa kot. Bilik dia tak kongsi. Sorang-sorang saja. && host parents najihah sangat baek oke. Kenapa? Ce cite, ce cite.
Najihah kata, masa kat airport, host parents dia da tunggu dia dengan kasut snow && jaket. Mereka beli khas untuk najihah. Baek bukan? && host parents beliau juga offer untuk belikan henset && laptop. Wah! Ayah kata, “Mintaklah apple macbook pro.” Haha. Aku setuju! Kalau boleh, mintak la dua. Satu untuk kakak, oke! Wakakaka. Mom *mak angkat* najihah kata, kat sekolah dorang kena pakai laptop. Sebab tu dia nak tolong belikan. Prihatin la. I loike! && yang aku rasa terharu (kenapa aku lak yang rasa terharu ekk?) najihah cerita, mom dia, malam before najihah sampai, takleh tido sebab terlalu excited tunggu Najihah sampai. Heh. Sukee la. Tapi, Alhamdulillah la kan. Beliau dapat host parents yang baek. Mintak-mintak la najihah jangan wat hal ye. Kang kena hantar balik, naya je kena bayar 20k.
Ohio sekarang masih salji lagi. 20 farenheit. Ayah aku kata dalam -4’c. Sejok gler! Najihah da batok-batok selsema. Yela. Perubahan cuaca. Kesian. Jangan lupa makan obat! Oh, ayah aku kata, Ohio tu tempat ayah aku study dulu. University beliau dekat Columbus. Best nya! Jeles, jeles, jeles. && kata beliau lagi, kat Ohio memang winter lagi. Around bulan 3 baru la salji cair. Hatoyai*. Rindu salji. Itu kata ayah aku. *jeles lagi*
Apa nak cerita lagi ye. Ha. Ni semua story najihah oke! Masa beliau sampai kat umah host parents, adik angkat beliau ajak pergi Hard Rock Café. Sambut burfday kawannya. Najihah ikut je la kan. *bagus* && ceritanya, dia kata kena bayar sendiri duet air. Haha. Ayah aku gelak la. && kata ayah, orang sana memang macam tu. Takdenya nak belanja-belanja. Remaja-remaja la biasanya. Heh. Bagus apa. Patut aku amalkan. Wakakaka. Nasib bek la najihah bawak duet. Kalau tak, cuci pinggan mangkuk le ye dop?
Cleveland Height High School. Najihah akan bersekolah kat situ la. Hari selasa ni beliau akan start ke sekolah. J Rasanya tu je kot setakat nih. Nanti ada perkembangan beliau, beta akan maklum kan. Cewaah*. Oh. Lupa pula. Semalam kaum kerabat aku kecoh la kan sebab nampak Najihah dalam tv masa berita tv3. Masa tu mereka-mereka semua dinner bersama Muhyiddin (TPM). Najihah memakai baju sutera oren *yang diberi oleh Engku Halimah ibu saudaraku* dan tudung hitam. Excited betol mereka. Heh. Semestinya. Semua pon bangga dengan najihah. Oh. Satu lagi, mak angkat najihah sangat respect kat beliau la kan sebab katanya muda-muda da berani pergi jauh-jauh tinggalkan family. Heh. U taktau. Adik I tu tanak pegi. Tapi kami memaksa menyuruh beliau pegi. Jadi, sampai la beliau disana. Harapnya, u jaga la adik I leklok ye. Heh. (pesanan khas dari penaja) ^_^”
p/s: Bila agaknya akan ada cerita “Nisa ke US”?
*Sekadar berkongsi cerita.