islamic gadget

Monday, January 17, 2011

Asma oh Asma!

Sedikit info mengenai sakit asma. Huhu. Currently, tengah sakit *asma* L (boleh pulak ko update blog, huh?)

*****

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :

§ Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.

§ Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

§ Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

§ Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

§ Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara kerana kepayahan dalam mengatur pernafasan.

p/s: Sakit, bukan? *Nak bace jampi hilang sakit la*

*Sekadar berkongsi

No comments:

Post a Comment