Di saat aku berasakan kemenangan hampir
kunjung tiba,
Di saat itu Kau menguji kami dengan
pelbagai dugaan.
Kau adalah menentu segalanya.
Kau adalah sebaik-sebaik perancang.
Hanya Kau yang mengetahui kebaikan di
sebalik kekalahan ini.
Bukan.
Bukan kekalahan.
Namun belum diberi kesempatan untuk
menang.
Menang dalam memperjuangkan agama-Mu di
bumi Malaya ini.
Ya Allah, beriah peluang kepada kami
untuk menegakkan syariat-Mu di bumi Mu ini.
Bantulah kami.
Tolonglah kami.
Hanya kepada-Mu tempat kami meminta.
Mungkin penangguhan kemenangan ini akan
lebih menguatkan perjuangan kami dalam menegakkan syiar Islam.
Jangan bersedih wahai hati.
Jangan bersedih wahai jiwa.
Tetaplah berjuang.
Kerahkan kudratmu wahai mujahid dan
mujahidah.
Semoga beroleh kemenangan pada masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment