Petang semalam, afif, adik bongsu aku mengamuk nak maen tenis. Cis. Macam la pandai kan. Umo baru 9 tahun. Budak hingusan lagi. Ada hati nak maen tenis. Aku pon tak reti nak maen. Aku tengok raket tu pon lagi besar dari dia. Hahaha. Disebabkan kesungguhan afif nak maen tenis, kami satu keluarga terpaksa turun padang. Hajat Mira nak swimming pon terbantut. Actually, bagus jugak kan. Dapat pengalaman. Dapat exercise. Kami memang suka exercise. Credit untuk afif. Heh.
Bila aku tengok afif maen, agak kelakar. Rugi tak snap gambar. Berpusing 360
The moral of the story is, kami satu keluarga turun padang. && even kami tak reti maen tenis, tapi kami enjoy. Cuma berebutkan raket tenis yang cuma ada dua tu yang kurang seronok. Tapi afif sangat puas hati la. (sebab dia fikir dia terer maen la kunun). All the time, dia yang banyak pegang raket tenis. Ha. Cite hawt. Semata-mata nak maen tenis, kami pergi shopping nak cari kasut sukan untuk afif. Semangat. Mula-mula pergi tengok kasut kat kedai al-ikhsan. Tau-tau je la rege && brand mereka macam mana kan. Aku ni da la buta kasut. Lain sukan, lain kasut nya. Tak tau nak pilih yang macam mana yang suitable for Afif. Kalau untuk ahli sukan boleh la nak beli kat situ kan. Ni setakat adik aku yang baru nak jinak-jinak dengan sukan ni, baek beli kat downtown je. Dua singgit.
Oke, sekarang aku tak tahu apa motif aku dok bercerita nih. But I’ve got some info about how to choose sport shoes. Dulu lecturer aku penah gitau kalau nak beli kasut, beli waktu petang. Masa tu kaki kita akan mengembang. So, aku ada search kat pakcik google. So, this is his answer.
INFO
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:
-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.
-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Tu je la info nye. Tapi berguna kan. But still, aku tak tahu jenis-jenis kasut yang de. Aku nak juga tahu kasut untuk tenis, pingpong, futsal && segala bagai sukan macam mana kan. Yang aku tahu untuk running je. Heh.
p/s: Adidas, Nike, Lotto, Reebok, Bata, Vincci, Guess, Cap Ayam, Cap Buaya, yang mana pilihan hati??
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
sy pilih cap kaki tige..hehe..
ReplyDeletep/s: ika reti men kamera je..haha
sape ika?
ReplyDeleteces! afif sgt xleh blah! ;p
ReplyDelete