islamic gadget

Wednesday, January 19, 2011

.............


Ada..

Tiada..

Sama sahaja..

Tiada berbeda..

Bila ada, kau tidak nampak..

Bila tiada, kau mana sedar ..

Manusia..

Memang begitu..

"Keep in touch okay. Forever. Will miss you, buddy."

Ungkapan bila kau ada di depan..

*biasa..*

*biasa..*

*biasa..*

Kau akan biasa dengan 'kebiasaan' yang tiada kau.

kau tahu ?

.........

kau siapa ?

.........


p/s: aku adalah aku!

*menconteng contengan ContengConteng

Monday, January 17, 2011

Asma oh Asma!

Sedikit info mengenai sakit asma. Huhu. Currently, tengah sakit *asma* L (boleh pulak ko update blog, huh?)

*****

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :

§ Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.

§ Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

§ Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

§ Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

§ Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara kerana kepayahan dalam mengatur pernafasan.

p/s: Sakit, bukan? *Nak bace jampi hilang sakit la*

*Sekadar berkongsi

Jampi hilang sakit

Jampi hilang sakit.

sakit.
shuh shuh*
keluar la dari badan.

mood*
penat :(

Saturday, January 15, 2011

Terbang Najihah Terbang!

Salam semua.

Sekarang baru berkesempatan nak update blog. Huh! Lappy agak mengong. Tenet tak dapat kat kampus. Balik rumah je dapat online. Sadis kan? Oke. Sepanjang dua minggu ni, agak banyak la benda berlaku. Benda ke? **conpius**

Meet Najihah

Last week, hari selasa bersamaan dengan 11 Jan 2011, adik aku, Najihah, lepasan spm, baru sahaja terbang ke US. Pertukaran pelajar under AFS. Apa tu? Tanya pakcik google, oke! Perasaan aku masa tu, sangat jeles + hepi la kan. Najihah lak, da shahdushahdu + pilupilu + nangesnanges + sayusayu gitu. Fact, walaupon dari form 1 sampai form 5 dok asrama, beliau masih lagi homesick. Hatoyai*. Macam mana dia nak hadapi 6 bulan kat sana ye. Tengok aku, cool je. Tak homesick pon. *bangga*

kaum kerabat najihah la paling ramai antara kawan-kawan AFS dia. wahaaa~


Moyang kami


Briefing sebelum naek flight


sedih*

Mula-mula, Najihah tanak gi pon. Rugi kan? Bukan selalu dapat peluang. Orang kayaraya je yang dapat pegi kan. Aku dan ayah paksa pergi. Bukan paksa actually. Suruh, oke!

Alasan, “Rezeki jangan ditolak. Ingat senang ke dapat pegi. Kalau kakak dapat, kakak da gi.” Nada berbaur jeles gitu.

Najihah jawab, “Dah tu, tukar la.” Amboiamboi. Nak jugak kalau boleh. Haa.

Ayah paling semangat. Yelah, beliau pernah belajar kat US. So, da dapat tu, kena la pergi kan. Boleh melancong kat negara orang. Da la ditanggung AFS. Tanggung tiket pergi balik && sedikit duet poket kot. So, takde alasan nak tolak. 6bulan? Lama? Memang la. Tapi nanti pejam celik pejam celik, kejap je kan. Ntah-ntah Najihah lak tanak balik mesia. Huhu* jangan! Mak pula mula-mula tanak bagi pegi. 6 bulan. Lama. Tapi, akhirnya akur. Weee~

Baru je tadi najihah call dari sana. Katanya, “Sekarang ni kat cleveland height, ohio, usa.. Salji still turun n banyak gle.. Sumpah sejuk gle kat sini.. Dorang cakap suhu die lebih kurang 20 farenheit.. Xtau la dalam 'c berape.. Well.. Dah dapat dah famili angkat.. Sangat2 baek.. Hope i'll be okay here.. Honestly, rindu gle kat malaysia n rindu gle nk jmpe orang2 malaysia..

Tu beliau post kat fesbuk la. Chillax la Najihah. Haha. Dalam fon, Najihah cerita pasal host parents dia. Sebelum ni, najihah dapat host parents kat Oregon. Dua-dua doctor. Tapi tu just temporary. Masa sampai kat London, ayah bagitau najihah da dapat host parents baru. Single mother. Tapi tadi (7 malam USA, Mesia 8 pagi), dia baru je sampai rumah host parents && host parents beliau bertukar lagi. Kali ni yang BetulBetulBetul punya. Family African-American katanya. Heh. Mom && Dad && sorang je daughter (16 tahun). Heaven la kan. Tak perlu berebut apa-apa kot. Bilik dia tak kongsi. Sorang-sorang saja. && host parents najihah sangat baek oke. Kenapa? Ce cite, ce cite.

Najihah kata, masa kat airport, host parents dia da tunggu dia dengan kasut snow && jaket. Mereka beli khas untuk najihah. Baek bukan? && host parents beliau juga offer untuk belikan henset && laptop. Wah! Ayah kata, “Mintaklah apple macbook pro. Haha. Aku setuju! Kalau boleh, mintak la dua. Satu untuk kakak, oke! Wakakaka. Mom *mak angkat* najihah kata, kat sekolah dorang kena pakai laptop. Sebab tu dia nak tolong belikan. Prihatin la. I loike! && yang aku rasa terharu (kenapa aku lak yang rasa terharu ekk?) najihah cerita, mom dia, malam before najihah sampai, takleh tido sebab terlalu excited tunggu Najihah sampai. Heh. Sukee la. Tapi, Alhamdulillah la kan. Beliau dapat host parents yang baek. Mintak-mintak la najihah jangan wat hal ye. Kang kena hantar balik, naya je kena bayar 20k.

Ohio sekarang masih salji lagi. 20 farenheit. Ayah aku kata dalam -4’c. Sejok gler! Najihah da batok-batok selsema. Yela. Perubahan cuaca. Kesian. Jangan lupa makan obat! Oh, ayah aku kata, Ohio tu tempat ayah aku study dulu. University beliau dekat Columbus. Best nya! Jeles, jeles, jeles. && kata beliau lagi, kat Ohio memang winter lagi. Around bulan 3 baru la salji cair. Hatoyai*. Rindu salji. Itu kata ayah aku. *jeles lagi*

Apa nak cerita lagi ye. Ha. Ni semua story najihah oke! Masa beliau sampai kat umah host parents, adik angkat beliau ajak pergi Hard Rock Café. Sambut burfday kawannya. Najihah ikut je la kan. *bagus* && ceritanya, dia kata kena bayar sendiri duet air. Haha. Ayah aku gelak la. && kata ayah, orang sana memang macam tu. Takdenya nak belanja-belanja. Remaja-remaja la biasanya. Heh. Bagus apa. Patut aku amalkan. Wakakaka. Nasib bek la najihah bawak duet. Kalau tak, cuci pinggan mangkuk le ye dop?


Ni la agaknya sekolah tu.

Cleveland Height High School. Najihah akan bersekolah kat situ la. Hari selasa ni beliau akan start ke sekolah. J Rasanya tu je kot setakat nih. Nanti ada perkembangan beliau, beta akan maklum kan. Cewaah*. Oh. Lupa pula. Semalam kaum kerabat aku kecoh la kan sebab nampak Najihah dalam tv masa berita tv3. Masa tu mereka-mereka semua dinner bersama Muhyiddin (TPM). Najihah memakai baju sutera oren *yang diberi oleh Engku Halimah ibu saudaraku* dan tudung hitam. Excited betol mereka. Heh. Semestinya. Semua pon bangga dengan najihah. Oh. Satu lagi, mak angkat najihah sangat respect kat beliau la kan sebab katanya muda-muda da berani pergi jauh-jauh tinggalkan family. Heh. U taktau. Adik I tu tanak pegi. Tapi kami memaksa menyuruh beliau pegi. Jadi, sampai la beliau disana. Harapnya, u jaga la adik I leklok ye. Heh. (pesanan khas dari penaja) ^_^”

p/s: Bila agaknya akan ada cerita “Nisa ke US”?

*Sekadar berkongsi cerita.

Monday, January 3, 2011

Kenapa aku??


Semalam aku merindui rumahku, keluargaku.

Hari ini masih juga begitu.

Semalam aku tidak dapat melelapkan mataku.

Hari ini belum pasti lagi.

Semalam aku merengek-rengek hendak pulang ke rumah semula.

Hari ini aku tabahkan hati.

Semalam aku takut untuk berhadapan dengan keputusan peperiksaan.

Hari ini aku bersyukur.

Semalam aku rasa sayu.

Hari ini aku rasa bertenaga.

Semalam aku kepenatan.

Hari ini juga begitu.

Here the story.

Semalam dengan selamatnya aku telah sampai di hostel pada pukul 10 malam. Bermulalah perpisahan sementara antara aku dan ahli keluarga. Bunyi macam dok jauh je kan. Padahal rumah aku kat shah alam && kampus aku kat cheras. 30minit je beb kalau nak balik pun. Hati aku ni meronta-ronta taknak balik. Punye la gedik kan. Jap. Dah selamat mestilah bersyukurkan. Alhamdulillah. Oke. Back to the story.

Aku bukan nak cerita pasal semalam masa aku tengah sayu-sayu teringat kat rumah. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai hari ini (Isnin 3/1/2011).

Starting, hari ini bermulalah kehidupanku sebagai seorang student program ijazah sarjana muda pendidikan (pismp). Setelah mengambil resultku, Alhamdulillah, lulus dengan jayanya. Cewah. Then, da tua bangka pon, kami masih ada orientasi. Haruslah beb. Orientasi ni untuk menyedarkan kita betapa bertuahnya kita ni leh sampai ke peringkat ijazah selepas mengharungi segala cabaran dan dugaan masa foundation satu setengah tahun dulu kan. Betapa positifnya aku. Hahaha. Biasalah orientasi ada taklimat bagai kan. Lagipun orientasi ni dua hari je pun.

Here’s the story begins.

Baru la cerita nak start. Punyalah panjang mukadimah aku kan. Maaf la sis/bro. anda bosan? Abaikan blog ini && pegi lah tengok Naruto. Aku tak kisah.

Petang tadi, kami lakukan LDK. Biasalah kan orientasi. Mestilah de LDK kan. Mulanya kami lakukan ‘Senaman si Tommy’.

“Kaki kiri di depan, ke belakang, depan belakang ayuh goyangkan~…” Nyanyi-nyanyi. Hahaha. Search la di youtube oke! Tapi bukan ini yang aku nak cerita.

Seketika LDK berlangsung yang di conduct oleh seorang lecturer, aku sangat terkesan dengan kata-katanya.

Kenapa ya Allah? Kenapa aku yang diangkat untuk menjadi seorang pendidik?” itulah pertanyaan yang dilontarkan kepada diri lecturer tu la sebelum beliau digelar guru kan. Pastu, boleh kugelarkan dia Puan? Boleh kan.

Puan tersebut menyambung, “’Kerana kau ada ciri seorang guru.’ Kata iman saya.” Puan tu kata macam tu la kan.

Pastu, aku tiba-tiba terfikir. Aku pon seperti puan tu. Aku tak berminat langsung dengan dunia pendidikan. Tak pernah pon terlintas kat kepala ni nak jadi guru kan. (Tipu sebenarnya. Masa kecik-kecik kalau cikgu tanya nak jadi apa, aku akan jawab “cikgu”, “polis”, “doctor”. Cita-cita yang fofular di zaman kanak-kanak.) Memang aku sedar menjadi seorang pendidik banyak kebaikan. Tapi aku tak fikir aku layak. Aku tak fikir aku mampu. Aku tak fikir aku yakin. Aku tak fikir aku boleh. && aku tak fikir aku ada ciri pendidik. Indeed. Loni pon, kalau aku nak terang apa-apa kat membe-membe pon, kabut lidah ni bercakap. Bila bercakap depan audience, terketar-ketar kepala lutut. Aish. Mana lah aku tak yakin kan.

Tapi bila puan tu kata, “Kerana kau ada ciri seorang guru, sebab tu Allah mengangkat kau untuk menjadi seorang pendidik.” Tak pernah terfikir pon aku macam ni kan. Korang pernah?

Walaupun aku tak gemar dengan kerjaya ni, tapi sekarang, aku rasa aku nak mencari ciri seorang guru apa yang aku ada untuk aku melayakkan diri menjadi seorang pendidik. Susah bukan? Aku pon rasa macam tu. Tapi, aku yakin, segala yang berlaku mesti ada hikmahnya kan. (aku tengah senyum sekarang sambil buat muka suci). Sekarang sebelah kaki ku sudah melangkah ke dunia pendidikan. Sebelah lagi akan menyusul bila aku dah dapat ijazah. Masih boleh berpatah balik ke? Aku selesa dengan keadaan sekarang. Cuma bila fikiran jahat datang, akan timbul persoalan, “Betol ke aku nak jadi cikgu nih?” Terok bukan. Aku dah sampai sejauh ni, tapi masih ragu-ragu dengan pilihan aku. Aiyoo.

Tapi, anda akan doakan untuk saya bukan? (-_-)

P/s: Cikgu dalam cerita ‘Gokusen’ rock beb! Nak jadi macam itu boleh kah?

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.

Saturday, January 1, 2011

ByeBye 2010. Hello 2011. !


Happy New Year 2011. Keboom. Dush! Dush! Keboom! (bunga api. Hahahah) hari ni da masuk tahun 2011. So, gud bye 2010. Huhu. Cepat betol masa berlalu kan. Tuptup da 2011. Maknanya umo kita pon makin meningkat tua la kan. Tapi aku muda remaja lagi, oke! Nanti turn aku lak byebye belas-belas. Hello puluh-puluh. Waaa. Pesal takleh terima kenyataan nih. Sobsob. Oke. Bukan nak cerita pasal umo aku sekarang nih oke!

Bila masuk tahun baru je, orang akan tanya, “Apa azam ko tahun ni?”. Soalan biasa je kan. So, aku taknak lah tanya azam korang. ;p Aku pon tanak cerita pasal azam aku. Heheh.

Tahun baru, buka buku baru, harapan baru, kehidupan baru, baju sekolah baru, kasut baru, gaya baru, personality baru && semua lah yang baru kan. Saje je highlight baru tu sebab topic pasal tahun baru kan. Wakakaka. Aku harap, dengan kehadiran tahun baru ini, kita dapat membaiki diri kita dari yang lama kepada yang baru. Dari yang buruk kepada yang baik. Dari yang terok kepada yang bagus. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya kan. Amiin.

Oke. Takde cerita menarik pon tahun baru ni. Cuma masing-masing sibuk menguruskan barang nak bawak gi hostel la, barang-barang sekolah && keperluan. Aku lak. Barang-barang 30% je yang baru packing. Punyalah berat hati nak balik hostel. Waaa. Nak cuti lagi.

Semalam, aku menyambut tahun baru hanya berstory mory dengan naqiah. Kata naqiah, “Tahun baru tak rasa apa pon. Rasa sama je.” Hehe. Ada-ada sahaja la adikku ini. Mestilah ada rasa berbeza. Aku rasa aku makin tua setahun tau tak? Aish. Balik-balik cerita umo. Lalalalala.

Suara terompet seolah sangkakala menjemput kematian

Pergantian jiwa telah dilakukan

Hingar-bingar lebih seperti upacara pemakaman

Transaksi tukar zaman dengan harapan

Kembang api menjadi hiasan

Seolah tembakan laso mengenang pahlawan

Baru saja pergantian tahta tahun diupacarakan

Sudah mulai memikirkan upacara untuk tahun depan

Akan bagaimanakah jiwa manusia menggiring awan?

Mungkin itulah yang patut untuk dipertanyakan

Aku petik puisi ni dari pakcik google. Heh. Tahun baru bermakna akan bertambahlah pengalaman kita. Tahun baru bermakna kita akan mempelajari sesuatu yang baru. Tahun baru bermakna semakin matanglah diri kita. Kan??

Tahun telah di lalui dengan menghadirkan pelbagai cerita..

cerita indah..

cerita bahagia..

cerita kesedihan..

dan cerita – cerita kehidupan yang lain..

Kini tahun kan berganti,

berganti dengan tahun yang baru..

harapan baru..

mimpi baru..

cerita baru..

dan mungkin kehidupan yang baru..

Apa yang telah kita lalui di tahun ini..

mungkin akan menjadi kenangan..

kenangan indah..

ataupun kenangan pahit..

akan selalu tersimpan dalam ingatan kita..

Di tahun yang baru nanti..

kita harus berusaha untuk lebih baik dalam segala hal,

berbaiki yang rosak..

menambahi semua kekurangan..

merubah kesalahan untuk lebih bagus..

untuk kehidupan yang lebih baik..

Kita memulai lembaran baru..

mengisi cerita baru..

mimpi untuk jadi nyata..

dan harapan untuk terkabulkan..

p/s: aku harap aku da semakin matang sekarang. Hahaha.

*Sekadar menconteng apa yang dirasa.