Semalam aku merindui rumahku, keluargaku.
Hari ini masih juga begitu.
Semalam aku tidak dapat melelapkan mataku.
Hari ini belum pasti lagi.
Semalam aku merengek-rengek hendak pulang ke rumah semula.
Hari ini aku tabahkan hati.
Semalam aku takut untuk berhadapan dengan keputusan peperiksaan.
Hari ini aku bersyukur.
Semalam aku rasa sayu.
Hari ini aku rasa bertenaga.
Semalam aku kepenatan.
Hari ini juga begitu.
Here the story.
Semalam dengan selamatnya aku telah sampai di hostel pada pukul 10 malam. Bermulalah perpisahan sementara antara aku dan ahli keluarga. Bunyi macam dok jauh je kan. Padahal rumah aku kat shah alam && kampus aku kat cheras. 30minit je beb kalau nak balik pun. Hati aku ni meronta-ronta taknak balik. Punye la gedik kan. Jap. Dah selamat mestilah bersyukurkan. Alhamdulillah. Oke. Back to the story.
Aku bukan nak cerita pasal semalam masa aku tengah sayu-sayu teringat kat rumah. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai hari ini (Isnin 3/1/2011).
Starting, hari ini bermulalah kehidupanku sebagai seorang student program ijazah sarjana muda pendidikan (pismp). Setelah mengambil resultku, Alhamdulillah, lulus dengan jayanya. Cewah. Then, da tua bangka pon, kami masih ada orientasi. Haruslah beb. Orientasi ni untuk menyedarkan kita betapa bertuahnya kita ni leh sampai ke peringkat ijazah selepas mengharungi segala cabaran dan dugaan masa foundation satu setengah tahun dulu kan. Betapa positifnya aku. Hahaha. Biasalah orientasi ada taklimat bagai kan. Lagipun orientasi ni dua hari je pun.
Here’s the story begins.
Baru la cerita nak start. Punyalah panjang mukadimah aku kan. Maaf la sis/bro. anda bosan? Abaikan blog ini && pegi lah tengok Naruto. Aku tak kisah.
Petang tadi, kami lakukan LDK. Biasalah kan orientasi. Mestilah de LDK kan. Mulanya kami lakukan ‘Senaman si Tommy’.
“Kaki kiri di depan, ke belakang, depan belakang ayuh goyangkan~…” Nyanyi-nyanyi. Hahaha. Search la di youtube oke! Tapi bukan ini yang aku nak cerita.
Seketika LDK berlangsung yang di conduct oleh seorang lecturer, aku sangat terkesan dengan kata-katanya.
“Kenapa ya Allah? Kenapa aku yang diangkat untuk menjadi seorang pendidik?” itulah pertanyaan yang dilontarkan kepada diri lecturer tu la sebelum beliau digelar guru kan. Pastu, boleh kugelarkan dia Puan? Boleh kan.
Puan tersebut menyambung, “’Kerana kau ada ciri seorang guru.’ Kata iman saya.” Puan tu kata macam tu la kan.
Pastu, aku tiba-tiba terfikir. Aku pon seperti puan tu. Aku tak berminat langsung dengan dunia pendidikan. Tak pernah pon terlintas kat kepala ni nak jadi guru kan. (Tipu sebenarnya. Masa kecik-kecik kalau cikgu tanya nak jadi apa, aku akan jawab “cikgu”, “polis”, “doctor”. Cita-cita yang fofular di zaman kanak-kanak.) Memang aku sedar menjadi seorang pendidik banyak kebaikan. Tapi aku tak fikir aku layak. Aku tak fikir aku mampu. Aku tak fikir aku yakin. Aku tak fikir aku boleh. && aku tak fikir aku ada ciri pendidik. Indeed. Loni pon, kalau aku nak terang apa-apa kat membe-membe pon, kabut lidah ni bercakap. Bila bercakap depan audience, terketar-ketar kepala lutut. Aish. Mana lah aku tak yakin kan.
Tapi bila puan tu kata, “Kerana kau ada ciri seorang guru, sebab tu Allah mengangkat kau untuk menjadi seorang pendidik.” Tak pernah terfikir pon aku macam ni kan. Korang pernah?
Walaupun aku tak gemar dengan kerjaya ni, tapi sekarang, aku rasa aku nak mencari ciri seorang guru apa yang aku ada untuk aku melayakkan diri menjadi seorang pendidik. Susah bukan? Aku pon rasa macam tu. Tapi, aku yakin, segala yang berlaku mesti ada hikmahnya kan. (aku tengah senyum sekarang sambil buat muka suci). Sekarang sebelah kaki ku sudah melangkah ke dunia pendidikan. Sebelah lagi akan menyusul bila aku dah dapat ijazah. Masih boleh berpatah balik ke? Aku selesa dengan keadaan sekarang. Cuma bila fikiran jahat datang, akan timbul persoalan, “Betol ke aku nak jadi cikgu nih?” Terok bukan. Aku dah sampai sejauh ni, tapi masih ragu-ragu dengan pilihan aku. Aiyoo.
Tapi, anda akan doakan untuk saya bukan? (-_-)
P/s: Cikgu dalam cerita ‘Gokusen’ rock beb! Nak jadi macam itu boleh kah?
*Sekadar menconteng apa yang dirasa.
No comments:
Post a Comment