(Aku menulis sambil mendengar lagu shoutul amal-Nostalgia)
*Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku…
Pengorbananmu…
Terpahat padu dikalbu ku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku (hatiku)
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati…..
(seterusnya nyanyi sendiri la!)
Lama dah nak post entry nih. Tapi banyak kekangan la. Heh. Alasan je tuh!
Hari tu, institut aku buat majlis penutupan hari merdeka. Dan sambutan yang diberikan oleh mereka memang dapat dibanggakanlah. (Memang la. Dah wajib.)
Macam biasa la tentatif program. Mesti la de ucapan bagaikan. Walaupun sangat bosan, tetap setia menadah telinga. Sambil mulut dok potpetpotpet. Aish! Bese la tuh. Haha.
Ha! Cerita hangat. Seorang rakan kelas ku yang selama ni begitu liat sekali nak hadirkan diri dalam aktiviti institut nih, tiba-tiba muncul. Sangat terkejut dan penuh tanda tanya.
Katanya, “Jap lagi aku lari lah. Kejap je ni.”
Tetapi, mata kami tidak berkedip nengok minah nih. Ye la. Tak caye la tetibe die datang kan. Dan. Magis. Dia stay sampai habis program. Syabas kawan! Rekod kehadiran anda terisi.
Apa yang aku nak cerita sebenarnya pasai apa yang aku lihat masa tu. Bukan pasal kawan aku tuh. Cerita pasal dia sikit-sikit dah le.
Sebagai rakyat Malaysia, aku sangat berbangga lah dengan semangat mereka yang hadir masa majlis penutupan hari merdeka tu. Walaupun terpaksa, anda tetap datang. Bagus, bagus bagus!
Saya puji sikap anda. Dan scene yang paling tacing sekali, bila satu dewan yang penuh dengan manusia berbilang kaum, dengan satu suara menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia. Aku macam dapat rasakan yang kami bersatu walaupun berlainan bangsa, agama. Tapi, time tu je la.
Apa-apa hal, meh tengok.
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmatToleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semuaJadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Agak lambat kan entry merdeka aku. Tapi, suka hati aku la kan. Bukannya 31 Ogos je kita boleh tulis pasal hari merdeka, kan.
“Orang yang melupakan sejarah, akan mengulangi sejarah.” Kata-kata dari orang bijak. Haha. Aku lupa daaa nama dia. Dan. Aku sangat bersetuju. Janganlah sampai kita lupakan sejarah sampai kita mengulangi balik apa yang pernah berlaku pada negara kita. Sayangilah negara, jagalah negara dan jangan persiakan apa yang pernah dilakukan oleh parajurit-parajurit negara kita. Our precious country.
p/s: Saya anak Malaysia.
Sekadar menconteng apa yang dirasa.