Semua manusia sama sahaja Allah ciptakan. Tiada yang berbeza. Yang berbeza mungkin hatinya.
Kau mungkin seorang doktor, mungkin polis, mungkin pensyarah, mungkin peguam, mungkin guru, mungkin askar, mungkin artis, mungkin menteri, mungkin angkasawan, mungkin nelayan, mungkin petani, mungkin pelajar, mungkin raja, mungkin apa-apa sahaja. Mungkin, mungkin, mungkin. Terlalu banyak kemungkinannya. Tetapi. Kau tetap seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti mereka yang lain. Yang akan berasa sakit sekiranya disakiti. Yang akan berasa sedih apabila disedihi. Yang akan berasa senang apabila disenangi.
Kau mungkin besar dari kami. Mungkin berjawatan tinggi dari kami. Mungkin lebih pandai dari kami. Mungkin lagi tua dari kami. Mungkin lebih makan garam dari kami. Namun, kami juga pandai berfikir walaupun kadangkala apa yang difikirkan oleh kami tidak semuanya betul.
Mungkin di mata mu kami contoh modal insan. Tapi kami lebih tahu siapa diri kami sendiri. Tidak perlulah mencanang satu dunia memberitahu siapa kami. Cukuplah hanya kami yang tahu siapa kami. Kami mungkin tidak sehebat kau. Kami mungkin tidak se gah kau. Kami mungkin tidak sebaik kau. Namun, kami tahu apa yang kami lakukan walaupun kami kadangkala tidak sedar perlakuan kami. Tetapi, tidak perlu juga kau mencanang memberitahu dunia tentang perlakuan kamu. Cukuplah hanya kami sahaja yang tahu tentang kami.
Kau bijak, kau hebat, kau fantastic, tetapi sayang. Kau seorang yang ego, yang tidak pandai untuk menjaga hati orang lain. Tidak tahu menjaga rahsia orang lain. Kami tidak kisah sekiranya kami talam sepuluh muka sekalipun. Namun, kami tahu siapa kami.
Apa yang kami lakukan, tidak mengganggu hidupmu pon. Apa hal kau untuk jaja cerita kami? Apa hak kau untuk memberitahu dunia tentang kami? Perlu ke mengaibkan kami? Kami cuba mengikut corak yang kau lakarkan. Kami cuba untuk jadi apa yang kau rancangkan. Tetapi…
Maaf. Mungkin respect kami padamu akan berkurangan. Bukan niat kami. Tetapi itu adalah kehendakmu.
p/s : Manusia. Berbeza. Sebenarnya.
Sekadar menconteng apa yang dirasa.
No comments:
Post a Comment