Hujan lebat di luar.
Nyaman. Sejuk. Best kalau tidur. Heh. Tapi itu bukanlah keutamaan. Aku lebih tertarik untuk menulis sesuatu. Nostalgia.
***
Teringat kembali sewaktu aku di tingkatan 5. Hari minggu. Aku tidak pulang ke rumah. Bercadang untuk melepak sahaja di asrama. Tidak ramai orang kerana kebanyakkannya pulang ke rumah.
Waktu itu hujan. Seperti sekarang. Sangat best melayan perasaan. Sangat best melepak-lepak setelah otak penat mentelaah buku kerana SPM hampir tiba. Tiba-tiba, timbul idea di kepala untuk mandi hujan. Aku mengajak kawan baikku, Hanim. Tapi tak layan pon. Huh. Dok sebok bercakap dengan pakwe la tu. (Oh. Henfon adalah barang terlarang, oke!)
Fikiran ku ligat dok fikir nak ajak sape mandi hujan ni. Hah. Tu dia. Aku dah nampak. Junior ku, Maisarah. Tanpa berlengah, aku pon mengajaknya mandi hujan. Wah. Teros On. Bagus,bagus,bagus. Tu yang kita mau! Kami pun turun ke court badminton di belakang blok asrama kami. Mulanya hujan sangat lebat. Blurr. Tak tau nak main pe dalam hujan. Tapi baju da lencon. Alang-alang dah basah tu, dok je la situ sambil menyepak-nyepak bola yang kekurangan angin. Kempis la. Aku sepak bagi dia, dia sepak bagi aku.
Bosan.
Hujan tak selebat tadi dah.
Aku dah tak tau nak buat pe. Tiba-tiba, datang lagi idea. Baguskan. Banyak betol idea yang kuar bile bab yang bukan-bukan.
Aku berbaring di atas court tenis tu sambil menghayati air hujan jatuh ke mukaku. Ku lihat junior ku juga begitu. Tenangnya. Tenangnya. Tenangnya.
“Pon! Pon! Pon! Pon! Pon!”.
Tenangnya. Tenangnya. Tenangnya.
“Pon! Pon! Pon! Pon! Pon!”.
Eh. Bunyi pe tu? Aku bangun dan mencari arah bunyi yang ku dengar. Dan. Tidak semena-mena, aku ternampak lah kereta warden ku yang dok menghon kat kami. Apa lagi, aku terus cabut naik ke dorm sambil bergelak ketawa dengan junior ku. Cerianya waktu itu.
***
Esoknya.
Tak ku sangka. Ku ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Aku dipanggil ke bilik pengetua. Sesampai di sana, ku lihat warden ku ada bersama. Oh! Macam tau je kenapa aku di panggil. Junior yang bersama-sama mengira titik hujan dengan ku semalam juga ada di situ. Haha. Aku dah kecut.
Dan bermulalah radio siaran membebel masuk ke telinga ku yang disampaikan oleh DJ pengetua. Sangat merdu suaranya. Dan pengampu pengetua juga ada bersama, penolong kanan 1. Cukuplah aku katakan dia adalah lelaki. Dan pengetuaku perempuan. Aku dimarah kerana mengajar junior ku melakukan perkara salah.
“Salah ke aku mandi hujan?” aku hanya mampu menjerit bertanya di dalam hati. Aku adalah pengawas. Aku dimarah kerana aku adalah pengawas. Aku adalah pengawas dan aku dimarah. Sedey gile mase tu seyh. Tapi aku sangat tabah.
Kata pengetua.
“Kamu pengawas. Senior pulak tu. Patutnya kamu tunjukkan contoh yang baik pada junior kamu ni. Bukan mengajar perkara bukan-bukan. Ada ke patut kamu mandi hujan? Kalau kena sambar kilat macam mana?”
Dan penolong kanan 1 menyampuk.
“Kamu, buka blazer kamu tu. Kamu tak layak pakai blazer tu.”
Wah! Kijam. Seksi meh kalau aku buka blazer.
Dipendekkan cerita, semua cikgu kat sekolah dah tahu pasal kes tu. Ada seorang ustaz, namanya ustaz Misnan, yang agak aku senangi memanggil ku “Budak mandi hujan!”. Dan dia pernah berkata, “Ingat cerita Hindustan ke nak main baring-baring dalam hujan.” Haha. Malui nya.
Tapi peristiwa tu tak boleh lupa. Sangat berharga. Sangat bermakna. Aku tak menyesal. Sebab, tu la kenangan zaman sekolah yang tak mungkin aku dapat kembali lagi.
Dan. Sekarang. Bila aku teringat kembali, aku akan fikir, betul apa yang dikatakan oleh pengetua ku. Kalau aku jadi cikgu akan datang, InsyaAllah, aku mungkin juga akan melakukan perkara yang sama. Membebel. Haha. Tak la. Aku akan marah studentku yang mandi hujan kerana mandi hujan merbahaya kerana takut disambar kilat.
Kata-kata: Walaupun Allah memberikan hujan, namun selepas itu pasti Allah akan berikan pelangi.
Wassalam.
p/s: Rasa nak mandi hujan lagi. Aku sentiasa sukakan hujan.
Sekadar menconteng apa yang dirasa.
No comments:
Post a Comment