islamic gadget

Saturday, September 11, 2010

Sebarang tajuk yang sesuai!

Sepupuku berulang kali menyuruh ku meng’update’ blog ku. Dan aku masih mencuba untuk menjadi seorang pengarang yang berterusan. Haha. By the way, sebelumku terlupa, Selamat Hari Raya. Walaupun sudah raya ke-3, tapi masih belum terlambat kan. Syawal sebulan meh!

Oh! Sejak beberapa hari ini, aku sangat layann dengan anime. Shaman King. Tapi bila aku fikir balik, bukan sejak beberapa hari ini aje. Sejak beberapa tahun yang lalu lagi. Haha. Tapi aku tidaklah terlalu fanatic dengan anime. Sungguh tak tipu. Tapi bila aku dah layan tu, tak tidur malam pun aku sanggup. Kalau lah ketika ku mentelaah buku pun aku begitu, alangkah sangatnya baguss.

Setakat ni, anime yang aku pernah layann adalah seperti berikut.

One piece. (my favourite anime.)

Naruto.

Bleach.

Shaman King.

Pokemon.

Digimon.

Doraemon. (aku sangat gemar.)

Hagemaru.

Shin Chan.

Avatar. (The Last Air Bender, oke!)

Saiyuki.

Upin dan Ipin. (Eh! Anime ke tu?)

Dan. Setakat tu je kot. Tidaklah banyak mana pon kan. See. I told you that I’m not fanatic with anime, ok! But, bila berejam-rejam aku layan anime, aku tidak kesah. Oh! What I mean with ‘fanatic’ is…

First. Orang yang sanggup beli cosplay watak anime yang dorang minat itu adalah fanatic. Dan aku tidak begitu. (but if aku mampu beli, dah lama aku beli. Cosplay adalah sangat mahal. Bagiku la.)

Second. Orang yang sanggup beli patung kecik, besar, lebar, tinggi, pendek, rendah, panjang, dan segala macam lah tentang anime yang dorang minat itu termasuklah baju, seluar, dompet dan lain-lain adalah fanatic. Dan aku tidak begitu. (aku pernah tengok, rege patung kecik benda [anime yang aku minat la] adalah sangat mahal walaupun benda tu kicik aje. Sangat membazir!)

Third. Orang yang boleh list kan sebanyak 300 cerita anime yang ada kat dunia ni adalah fanatic. Dan aku tidak begitu. (kerana nak tengok satu cerita anime pon mengambil masa yang sangat lama kerana episode yang belambak-lambak. Macam mana la orang yang boleh tengok segala macam cerita anima yang ada.)

Forth. Orang yang boleh ingat segala apa yang dicakap oleh watak anime tidak kiralah quote, language, dialog atau apa-apa yang berkaitan adalah fanatic. Dan aku tidak begitu. (kerana aku lebih tertumpu kepada jalan ceritanya. Macam mana lah orang boleh ingat dialog mereka?)

Fifth. Orang yang hanya akan bercakap, bercerita, berlipur lara, ber’story’ berkata-kata hanya tentang anime. Dan aku tidak begitu. (kerana disekelilingku tidak ramai yang giler anime. Kalau tak, mungkin aku begitu.)

Sixth, orang yang akan mengulang-ngulang menengok episod anime yang diminati beberapa kali walaupun terdapat 600 episod. Dan aku tidak begitu. (Letih weyy nak tengok. Tapi One Piece aku pernah wat macam tu. Bez sangat la! Haha.)

***

Teringat kembali sewaktu aku di tingkatan 5. Ada dua orang sahabatku gemar melukis komik dan watak anime. Dan aku sangat suka. Sebab aku tiada bakat macam mereka. Sering kali aku memaksa seorang sahabatku ini melukis untukku. Dan dia menurut walaupun mulut dok membebel. Haha. Trimas banyak-banyak kawan. Nostalgic. Kini, tiada orang dah nak tulun lukis untuk aku.

***

Teringat lagi. Macam mana aku boleh terjebak dengan anime nih? Ini semua kerana hasutan seorang rakan ku sewaktu aku di tingkatan 1. Hasutan? Bunyi macam jahat glerr kan. Haha. Tapi yang aku ingat, rakan ku ini memberi pinjam cerita ‘Saiyuki’. Bermula dari situ, minat ku terhadap anime bercambah sedikit. Thanks to her, aku jadi suka anime.

***

Seorang rakanku lagi pernah berkata, “Kalau lah aku yang tengok cite anime ni, dah lame aku tidur. Tak sanggup nak tengok episod banyak-banyak. Sedangkan cerita Korea yang ada 12 episod pon ambik masa setengah abad nak habis, anime? Tak sanggup aku.

Relax la Der. Rambut sama hitam,, minat lain-lain meh. Aku pon kalau ikot kan penat nak tengok. Tapi disebabkan rasa ingin tahu ku tentang kisah selanjutnya begitu tinggi, aku sanggup bersengkang mata tengok anime tersebut. (Kalaulah rasa ingin tahu ku tentang subjek yang aku pelajari macam aku tengok cerita anime, alangkah bagusnya.)


p/s : Luffy watak kegemaranku. Aku pernah meminta hadiah anak patung Luffy dari seorang sahabat. Tetapi… takpe. Birthday aku akan datang, oke? Nak yang lembut, macam teddy bear.

Sekadar menconteng apa yang dirasa.

1 comment: