Semalam aku dalam perjalanan balik ke kampung. Macam biasa rutin yang tidak pernah aku tinggalkan ketika di dalam kereta, tidur. J Kami mulakan perjalanan lebih kurang pada pukul 2 petang setelah mengambil adikku di Intergomb. Perjalanan ke besut mengambil masa 8jam kukira kalau tidak berhenti makan, berak, kencing.
Kisah bermula….
Selepas berbuka, macam biasa la di tempat umum, mesti la ramai orang pelbagai ragam. Apa yang aku sering lihat, selepas menelan nasi, rokok juga akan ditelan bagi seorang manusia yang bergelar perokok la. Dan. Aku sangat tidak gemar akan suasana seperti itu. Kerana. Aku tidak tahan dengan bau rokok. Tambahan pula, aku ada asma. Bertambah benci aku dengan rokok. Sejak dulu sampai la sekarang. Aku masih tidak faham. Kenapa orang merokok? Sedap sangat ke? Macam makan Pizza Hut ke? Aiskrim? Kenny Rogers? Haha. Ne la tau kan. Kalau la rase macam tu, nak la jugak aku rasa.
Beberapa minggu lepas, aku ada terdengar seorang ustaz memberi ceramah dalam radio pasal perokok. Cakap pasal ceramah ni, aku pernah disuruh memberi ceramah di dalam kelas bahasa Melayu kontekstual. Dan aku dapati, aku tiada bakat langsung dalam memberi ceramah. Haha.
Ustaz tu kate “Perokok, apabila berkahwin, dan sayangkan isteri dan anak-anaknya, pasti akan cuba berhenti merokok disebabkan kasihkan isteri dan anaknya supaya tidak mendapat penyakit yang berbahaya yang disebabkan sebatang rokok.”
Aku terfikir, “Ada ke manusia akan berfikiran begitu?” Dan aku pasti, seorang dari sejuta orang je yang akan berfikiran begitu. Kukira. Aku pernah berborak dengan seorang pakcik nih. Pasal rokok juge.
Katanya, “Patutnya kerajaan haramkan rokok. Setakat letak gambar-gambar penyakit tu, perokok ada kesah ke? Pandang sebelah mata je gambar tu.” Aku sangat bersetuju.
Tambah pakcik tu lagi, “ Kerajaan taknak haramkan rokok sebab itu adalah sumber pendapatan negara. Dengan jual rokok je, untung juta-juta.” Oh. Patutlah.
Semalam juga, semasa aku bersenang lenang di dalam kereta, tetibe ayahku membuka cerita mengenai kawannya, kukira. Uncle aziz namanya. Kata ayahku, uncle aziz berkonvoi menaiki motosikal hingga ke London. Aku sangat tertarik mendengarnya. Part yang paling menarik perhatianku apabila ayahku menceritakan pengalaman kawannya semasa berada di China.
Ada seorang cina Islam menanyakan soalan kepada uncle aziz, “Awak Islam ke?” uncle aziz mengangguk. Cina tu bertanya lagi, “Tu isap rokok. Jadi bukan Islam la.” Kesimpulannya disini, di China, orang Islam diharamkan merokok sama juga seperti haramnya minum arak. Sangat bagus kan. Malaysia? Tanda soal banyak-banyak….
“Dulu fatwa yang mengatakan rokok tu haram dah dikeluarkan. Tapi kerajaan taknak laksanakan. Kalau fatwa dah keluarkan, patutnya orang yang merokok di tangkap, di penjara, di denda macam orang Islam yang minum arak.” Ayahku bersuara lagi. “Oh.”
Aku sangat bersetuju. Kenapa? Kerana rokok membinasakan badan. Orang yang merokok sengaja menzalimi diri sendiri.
Oh. Aku ada lagi cerita yang ingin dikongsi. Penat membaca?? Boleh pergi dari sini… oke?
Pensyarahku merangkap mentor ku pernah bercerita. “Ada seorang hamba Allah ni. Dia memang kuat merokok. Satu hari tu, dia baru balik dari somewhere, beli la rokok yang bundle tu, kononya nak bagi kat jiran-jiran la. Petang tu, hamba Allah ni pergi la rumah jiran sebelah. Sebabnya da lame benar tak nampak. Ketuk-ketuk pintu, keluarlah si isteri jirannya. Bertanyalah hanmba Allah ni. “Mat mane? Dah lame tak nampak.” Isteri jirannya pon katelah, “ada kat dalam.” Dipendekkan cerita, isterinya jirannya itu bercerita yang dia menghidap penyakit kanser paru-paru akibat suaminya kuat isap rokok. Hamba Allah ini sangat terkejut. Tak jadilah dia nak bagi rokok-rokok tersebut. Sejak dari itu, hamba Allah ini terus berhenti merokok secara mendadak. Disebabkan itu juga, hamba Allah ini dimasukkan ke dalam hospital kerana ke’mendadak’kan berhenti merokok. Isteri hamba Allah ini kate, “saya lebih rela dia isap rokok daripada saya tengok suami saya macam ni walaupun pada mulanya bersyukur dia berhenti merokok.”
Fuh! Penat menulis.
Aku ada terdengar cerita, di negara mana aku lupa. Ceritanya, kat negara ini, jika di tempat makan, tidak kesah lah restoran ke, gerai ke, mamak ke, hotel ke, memang tidak dibenarkan merokok. Sangat bagus kan. Sepatutnya Malaysia buat peraturan seperti itu. Kerana. Pernah suatu ketika dahulu, ketika aku makan digerai, punye lah ramai manusia merokok. Dan kalau asap rokok tu static je, takpe la gak. Ni dok terbang kat aku. Kesannya, aku sesak nafas. Dan aku rasa nak maki je orang-orang tersebut.
Mak ku kata “Ni tempat awam.”
Ye. Betul. Aku setuju tu tempat awam. Tapi, mereka pun patut fikir yang kat situ juga ramai orang awam yang tak semestinya tahan dengan bau rokok yang sepatutnya mereka juga patut fikirkan ‘aku taknak orang lain terjebak dengan asap rokok ni.’ Boleh ke mereka fikir macam tu?
Kesimpulannya, merokok sepatutnya haram dan janganlah merokok. Bukannya bagus pun. Memang, ajal maut tu ketentuan Allah. Tapi kita sebagai hamba-Nya, janganlah menzalimi diri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh membinasakan diri. Sangat kesian melihat perokok yang sengaja menempah maut. Tapi lebih kasihan tengok orang yang terbatuk-batuk hidu asap rokok macam aku. Dan memang kesian tengok mereka yang menerima ‘hadiah kanser’ disebabkan perokok-perokok yang tidak pernah memikirkan hal orang disekelilingnya.
Kenapa aku buka cerita ini? Kerana disekelilingku ramai yang gemar merokok.
· * * Sekadar menconteng apa yang dirasa.
No comments:
Post a Comment